Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Terus Sujud Syukur, Pakistan Tamatkan Penantian 64 Tahun Kemarau Pingat

sujud syukur
Kredit: Pakistan volleyball federation

Pakistan menamatkan kemarau pingat selama 64 tahun dalam acara bola tampar Sukan Asia apabila menundukkan gergasi Asia, China, 3-0 untuk meraih gangsa di Aichi-Nagoya, lapor Stadium Astro

Kemenangan itu menyaksikan Pakistan kembali menaiki podium buat kali pertama sejak 1962.

China, yang turun selaku pasukan pilihan, terpaksa akur dengan kekalahan straight set 18-25, 16-25, 18-25.

Terus Sujud Syukur

Sejurus rejaman terakhir mengesahkan kemenangan bersejarah itu, seluruh pemain Pakistan melakukan sujud syukur bagi meraikan kejayaan mereka.

Sebagai rekod, China pernah merangkul pingat emas acara berkenaan pada edisi 1986, 1990 dan 1998.

Intipati
  • Pakistan meraih gangsa bola tampar Sukan Asia selepas menewaskan China 3-0.
  • Kemenangan itu menamatkan penantian 64 tahun Pakistan untuk kembali ke podium.
  • China, juara emas edisi 1986, 1990 dan 1998, tewas dalam straight set.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan