Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Stellantis Malaysia Mulakan Pemasangan Tempatan Leapmotor SUV C10 Di Kilang Gurun

Syamimi
LEAPMOTOR

Stellantis Malaysia Mulakan Pemasangan Tempatan Leapmotor SUV C10 Di Kilang Gurun

Stellantis Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan permulaan rasmi operasi pemasangan tempatan kenderaan Leapmotor di hab pembuatan Stellantis di Gurun, Kedah. Sebagai satu pencapaian penting dalam pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) negara, barisan pemasangan tempatan ini kini telah memulakan pengeluaran secara rasmi, diterajui oleh Leapmotor C10 yang telah memenangi pelbagai anugerah, diikuti model B10 dalam masa terdekat.

Inisiatif strategik ini mencerminkan komitmen jangka panjang Stellantis untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pembuatan penting di rantau ini, sekali gus merangsang perindustrian tempatan sambil memperluaskan akses pasaran Malaysia kepada mobiliti elektrik premium berteknologi tinggi.

Bagi memenuhi standard pembuatan canggih yang diperlukan untuk kenderaan elektrik berteknologi tinggi Leapmotor, Stellantis telah memperuntukkan pelaburan sebanyak EUR 2.23 juta bagi pembangunan operasi pemasangan tempatan.

Dengan pengeluaran C10 yang kini sedang berjalan, operasi akan diperluaskan untuk merangkumi model B10, yang dijadualkan memulakan pemasangan menjelang penghujung tahun 2026. Selain itu, Stellantis turut memperoleh perbelanjaan modal (CAPEX) berjumlah EUR 3.1 juta yang diperuntukkan khusus bagi menaik taraf barisan pengeluaran serta infrastruktur di fasiliti Gurun.

Isaac Yeo, Pengarah Urusan Stellantis ASEAN berkata, “Permulaan operasi pemasangan tempatan Leapmotor di kilang Gurun merupakan satu pencapaian penting yang meletakkan Malaysia di barisan hadapan perindustrian EV di rantau ASEAN. Sebagai salah satu tonggak utama dalam rantau APAC Stellantis bagi menyokong pertumbuhan global, Malaysia berada pada kedudukan strategik untuk memacu pengembangan serantau kami serta menjadi contoh kepada pasaran lain.

Melalui kerjasama strategik Stellantis dan Leapmotor, kami bukan sahaja mempercepatkan pelaksanaan pelan hala tuju elektrifikasi Stellantis di rantau ini, malah turut menawarkan penyelesaian mobiliti berteknologi tinggi yang lebih mudah diakses oleh pengguna, sambil meningkatkan keupayaan sektor pembuatan kami.”

Walaupun pelan pengeluaran semasa memberi tumpuan kepada penyediaan kenderaan berkualiti tinggi untuk pasaran Malaysia, Stellantis terus menilai secara strategik potensi peluang eksport dari Gurun ke pasaran ASEAN yang lebih luas.

Bagi menguruskan perisian serta seni bina kenderaan Leapmotor yang canggih, kakitangan teknikal dan operator pemasangan di Stellantis Gurun telah menjalani latihan khusus.

Hasilnya, tenaga kerja di fasiliti tersebut kini diperakui untuk mengendalikan sistem kenderaan elektrik voltan tinggi sehingga 800V dengan selamat, sekali gus memainkan peranan penting dalam mempersiapkan tenaga kerja tempatan Malaysia bagi menghadapi masa depan industri automotif yang semakin berorientasikan elektrifikasi.

Leapmotor dan Stellantis turut melaksanakan rangka kerja global yang seragam bagi mengawal selia protokol pemasangan dan pematuhan kualiti untuk memastikan standard pembuatan yang konsisten.

Selepas melalui proses pengesahan yang menyeluruh, operasi pemasangan tempatan ini telah menerima pengiktirafan rasmi daripada pasukan pelbagai disiplin Stellantis yang menyelia operasi tersebut, selain pihak berkuasa kawal selia yang diiktiraf di peringkat Malaysia dan antarabangsa.