Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

SPRM Tegas Menolak Dakwaan Amalan Siasatan Dua Darjat

SPRM Menolak Amalan Siasatan Dua Darjat
SPRM Menolak Amalan Siasatan Dua Darjat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tegas menolak dakwaan bahawa Suruhanjaya itu mengamalkan siasatan secara dua darjat (double standard).

SPRM dalam satu kenyataan pagi ini berkata dakwaan tersebut adalah sama sekali tidak berasas dan tidak mencerminkan prinsip profesionalisme, integriti serta tatacara kerja yang menjadi pegangan SPRM dalam melaksanakan setiap siasatan.

Dalam pada itu, SPRM turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya itu telah memulakan siasatan berhubung isu perbelanjaan Projek Jalan Luar Bandar (JALB) yang melibatkan sebuah kementerian pada 7 Oktober 2026.

“Sehingga kini, seramai 20 orang saksi daripada pelbagai kementerian dan agensi berkaitan telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Siasatan masih diteruskan dan SPRM sedang meneliti segala maklumat serta keterangan yang diperoleh bagi memastikan setiap aspek berkaitan perkara ini disiasat secara menyeluruh,” katanya.

SPRM menghormati hak semua pihak untuk menyuarakan pandangan, kritikan dan teguran.

SPRM Menolak Dakwaan Amalan Siasatan Dua Darjat

Namun, SPRM berkata, sebarang dakwaan atau kenyataan yang dibuat hendaklah berlandaskan fakta yang sahih dan disampaikan secara bertanggungjawab, bukannya berdasarkan persepsi atau andaian semata-mata.

SPRM turut menegaskan bahawa setiap siasatan dilaksanakan berdasarkan fakta, bukti dan peruntukan undang-undang, tanpa mengira kedudukan, pangkat atau latar belakang mana-mana individu.

“SPRM kekal komited untuk menjalankan tanggungjawabnya secara profesional, adil dan telus demi memastikan prinsip kedaulatan undang-undang sentiasa dipelihara,” ujar SPRM.

Sumber:SPRM