Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Skechers, The Comfort Technology Company™ dan jenama global terkemuka dalam kasut gaya hidup serta prestasi, kini secara rasmi membuka megastor berdiri sendiri pertamanya di Melaka yang terletak di Tarcor Park, sekali gus menjadi satu pencapaian penting buat jenama itu di Malaysia.
Dengan keluasan 16,592 kaki persegi, Skechers Tarcor Park Megastore kini menjadi cawangan Skechers terbesar di Melaka, menawarkan destinasi sehenti yang menghimpunkan rangkaian penuh kasut, pakaian dan aksesori jenama tersebut, selari dengan komitmen Skechers dalam menyediakan keselesaan serta gaya untuk kegunaan harian kepada lebih ramai pengguna.

Menampilkan konsep premium outlet, megastor ini menawarkan pilihan koleksi terlaris bersama rekaan semasa pada harga yang lebih bernilai, sekali gus memberi pengguna lebih banyak pilihan produk merentasi pelbagai kategori tanpa menjejaskan kualiti, keselesaan dan gaya signatur Skechers.
Pembukaan ini turut mengukuhkan lagi kehadiran Skechers di negeri Melaka, melengkapkan rangkaian concept store sedia ada di AEON Mall Bandaraya Melaka, Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan, sambil memperkenalkan format peruncitan berdiri sendiri yang baharu bagi memperkasakan lagi jenama itu dalam pasaran yang semakin berkembang.

RUANG RUNCIT MODEN YANG MENEKANKAN KESELESAAN, NILAI DAN PENGALAMAN
Skechers Tarcor Park Megastore direka dengan konsep minimalis moden, selesa dan versatil, mencerminkan identiti jenama Skechers.
Menampilkan susun atur seni bina yang kemas, ruang ini dihiasi dengan garisan geometrik moden serta tona neutral yang dipadankan dengan warna biru signatur Skechers, sekali gus mewujudkan suasana yang terang dan mesra untuk pelanggan meneroka koleksi gaya hidup serta prestasi dengan lebih mudah.

Susun atur yang luas juga membolehkan lebih banyak pilihan produk ditawarkan untuk pelbagai peringkat umur, memudahkan pelanggan meneroka lebih banyak pilihan menarik serta menikmati nilai yang lebih baik pada setiap kunjungan.
Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai koleksi popular Skechers termasuk Hands Free Slip-ins® yang direka untuk pemakaian mudah tanpa menggunakan tangan tetapi masih menawarkan sokongan optimum, selain rangkaian Foamies yang ringan dan versatil untuk keselesaan harian. Kedai ini turut menawarkan kasut gaya hidup dan prestasi untuk lelaki, wanita serta kanak-kanak, bersama pilihan pakaian dan aksesori lengkap untuk pelbagai gaya dan kegunaan di bawah satu bumbung.

PERTAMA DI DUNIA: SKECHERS X KOI THÉ
Menerusi kolaborasi pertama seumpamanya di dunia, megastor ini turut menampilkan outlet KOI Thé di dalam premis, menjadikan Skechers dan KOI Thé pertama kali bergabung dalam satu ruang runcit yang sama di peringkat global. Integrasi unik ini menjadikan kedai tersebut sebagai destinasi gaya hidup, di mana pelanggan boleh membeli-belah sambil menikmati minuman dalam suasana yang santai dan selesa.
Mengambil inspirasi daripada kotak kasut biru ikonik Skechers, outlet Skechers x KOI Thé tampil dengan konsep moden “transparent shoebox”. Direka sebagai pengalaman kafe imersif di dalam megastor, ruang ini menampilkan panel kaca bertekstur dengan rona kebiruan yang diinspirasikan daripada identiti visual jenama tersebut, selain mewujudkan suasana terbuka dan terang yang melengkapi ruang peruncitan sekeliling.

Gabungan elemen seni bina moden, perabot bernuansa neutral dan sentuhan warna biru signatur Skechers menjadikan ruang ini tampil ceria, bergaya dan mesra media sosial. Pelanggan boleh berehat sambil menikmati minuman serta pencuci mulut tanpa mengganggu pengalaman membeli-belah mereka. Konsep kafe ini juga mencerminkan gabungan elemen fesyen, gaya hidup dan budaya kafe dalam satu pengalaman runcit yang lebih menyeluruh.

SATU PENCAPAIAN PENTING BUAT SKECHERS DI MALAYSIA
Majlis pembukaan rasmi dan acara pemotongan reben telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat (YAB) Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh bersama Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara, Ms Zann Lee, dengan kehadiran wakil kerajaan, pemain industri dan pihak media.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Stephanie Chang, Pengurus Besar Kanan Skechers Malaysia; Dennis Huang, Pengarah KOI Thé Malaysia; serta Eileen Tan, Pengarah Pemasaran Serantau Skechers Asia Tenggara.
Selain acara pemotongan reben, majlis pembukaan rasmi turut dimeriahkan dengan persembahan kompang dan tarian singa yang menyerikan lagi suasana.
“Pembukaan megastor berdiri sendiri pertama kami di Tarcor Park merupakan satu pencapaian penting buat Skechers di Malaysia. Ia mencerminkan komitmen kami dalam menawarkan keselesaan, nilai dan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik kepada pengguna. Dengan ruang kedai yang lebih besar, kami dapat menawarkan pilihan kasut gaya hidup dan prestasi, pakaian serta aksesori yang lebih pelbagai pada harga yang menarik, sekali gus menjadikan teknologi keselesaan dan gaya moden Skechers lebih mudah diakses oleh semua,” kata Ms Zann Lee.

MENDEFINISIKAN SEMULA PENGALAMAN RUNCIT DI MELAKA
Dengan skala yang lebih besar, penawaran harga yang lebih mudah diakses dan pendekatan pengalaman runcit yang lebih interaktif, Skechers Tarcor Park Megastore menetapkan penanda aras baharu untuk pengalaman membeli-belah berasaskan nilai di Melaka. Ia sekali gus memperkukuhkan komitmen jenama itu dalam menawarkan keselesaan, gaya moden dan versatiliti harian dalam suasana yang lebih mesra pengguna.
@skechersmalaysia @womcomm_asia
#SkechersMY #SkechersTarcorPark #SkechersMelaka