Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dengan kerjasama strategik Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) hari ini secara rasmi melancarkan Sistem Smartfyle, sebuah platform pintar bagi penyelarasan pengurusan dan penghantaran Laporan Nilaian daripada JPPH kepada LPPSA.
Sistem yang dibangunkan sepenuhnya oleh LPPSA ini bakal digunapakai secara bersama dengan JPPH bagi mempermudah aktiviti pembiayaan perumahan, khususnya buat penjawat awam yang ingin memiliki hartanah sendiri.
Selain itu melalui sistem ini juga, pihak berkepentingan seperti peminjam, peguam atau pemaju akan menerima notifikasi e-mel mengenai status dokumen secara real-time. Ini secara tidak langsung memudahkan urusan penjejakan (tracking) tanpa perlu menghubungi LPPSA, dan sekali gus memaksimumkan kecekapan operasi kedua-dua belah pihak.

Sistem SmartFyle ini turut membekalkan maklumat yang komprehensif buat para pelanggan LPPSA. Merangkumi fasa status permohonan pembiayaan sehinggalah kepada urusan pelepasan hak milik, setiap perincian maklumat kini boleh diakses dengan lebih mudah. Inilah manifestasi komitmen LPPSA bersama JPPH dalam memastikan setiap urusan pelanggan dizahirkan dengan lebih pantas dan telus, selaras dengan aspirasi penyampaian perkhidmatan di hujung jari.
Pada majlis itu juga, Encik Zuwardi Bin Zubir, Ketua Pegawai Operasi LPPSA, berkata ‘perkembangan pesat teknologi terkini dan proses digitalisasi dapat membantu penjawat awam mendapatkan maklumat dengan pantas pada bila-bila masa sahaja. Ini penting bagi memastikan penjawat awam sentiasa mendapat maklumat yang sahih dan terkini, di samping dapat melancarkan dan memudahkan urusan kerja seharian serta menjimatkan masa’.

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta JPPH, Yang Berusaha Sr. Abdul Razak bin Yusak dalam majlis yang sama turut berkata ‘dalam era pendigitalan masa kini, penggunaan teknologi dalam penyampaian perkhidmatan awam bukan lagi satu pilihan, sebaliknya merupakan satu keperluan.
Beliau percaya pelaksanaan Sistem SmartFyle ini bukan sahaja memberi manfaat kepada LPPSA dan JPPH sebagai agensi pelaksana, malah turut memberikan nilai tambah kepada pelanggan melalui proses kerja yang lebih cekap, pantas dan telus’.