Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sime Motors Melancarkan BYD Mansion Macalister, Memperkukuh Jenama BYD di Malaysia
PULAU PINANG, 15 MEI 2026 – BYD Malaysia dan Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, terus memperkukuh pengalaman pemilikan kenderaan elektrik di serata negara.
Dengan rangkaian semasa meliputi 40 bilik pameran dan lebih 30 pusat perkhidmatan lepas jualan di seluruh negara, disokong oleh pelaburan berterusan dalam bakat tempatan dan kecemerlangan perkhidmatan, kedua-dua rakan kerjasama tersebut memastikan bahawa para pemilik EV Malaysia menikmati pengalaman pemilikan yang yakin dan lancar di setiap kawasanutama.
Usaha terkini dalam komitmen bersama ini ialah pembukaan rasmi BYD Mansion Macalister di tengah-tengah bandar George Town, Pulau Pinang. Hartanah warisan yang dibaik pulih dengan penuh teliti dan diubah suai untuk menjadi bilik pameran perdana bagi jenama tersebut di kawasan utara.
Ia menggabungkan budaya tempatan dengan inovasi EV yang moden untuk menghasilkan pengalaman pelanggan bertaraf premium. Majlis pelancaran tersebut dihadiri oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, dan YB H’ng Mooi Lye, ahli Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang.
Mercu jaya ini disambut dengan meraikan pemilik ke-5,000 BYD di kawasan utara, jelas menunjukkan keyakinan yangsemakin meningkat terhadap pengangkutan elektrik di luar Lembah Klang.
Liu Xueliang, Naib Presiden BYD Co., Ltd dan Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto BYD Asia Pacific, berkata, “Komitmen kami kepada Malaysia mencerminkan wawasan global BYD untuk menjadikan pengangkutan lestari mudah dicapai oleh semua.
Kami terus menyalurkan inovasi teknologi dan keupayaan penyelidikan kami ke dalam pasaran ini kerana kami yakin terhadap masa depan elektrik Malaysia.
Pelaburan berterusan kami untuk meningkatkan kemahiran bakat tempatan dalam teknologi EV yang sedia untuk masa depan menunaikan janji jangka panjang kami kepada negara ini. BYD Mansion Macalister benar-benar mencerminkan komitmen ini, yang menggabungkan inovasi bertaraf dunia dengan penghormatan kepadawarisan tempatan.”
Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Motors, berkata, “Komitmen kami kepada Malaysia diukur daripada kepercayaan yang diletakkan oleh para pelanggan terhadap kami setiap hari.
Kami membina rangkaian tempatan yang memastikan setiap pemilik BYD menikmati sokongan yang memuaskan dan meyakinkan sepanjang hayat kenderaan mereka.
Disokong lebih 30 pusat lepas jualan, pasukan juruteknik bertauliah dan penasihat servis dari Malaysia, di samping bilik pameran bersepadu seperti BYD Mansion Macalister yang menawarkan khidmat rundingan, penjagaan dan pengecasan di bawah satu bumbung, kami mengutamakan pelanggan dalam teras ekosistem ini.”
BYD Mansion Macalister yang beroperasi dari bangunan mercu tanda yang telah dibaik pulih dan tersergam indah, direka bukan sahaja untuk menjadi cawangan wakil jualan semata-mata.
Pusat ini menyediakan ruang rundingan khusus, titik hubungan digital bersepadu, dan ruang pertemuan peribadi, membolehkan pengunjung meninjau secara dekat rangkaian kenderaan elektrik penuh BYD dalam persekitaran yang mesra dan menari.
Pusat servis dan habpengecasan di lokasi menjadikannya pusat pemilikan serba lengkap – jelas mencerminkan hasrat BYD dan Sime Motors untuk menjadikan pemilikan EV lebih menyenangkan dan meyakinkan bagi pelanggan di kawasan utara.
Selain infrastruktur fizikal, BYD Malaysia dan Sime Motors terus membuat pelaburan besar dalam modal insan. Program latihan untuk juruteknik, penasihat jualan, dan profesional lepas jualan terus diperkembangkan secara aktif untuk memastikan rakyat Malaysia memanfaatkan kepakaran EV bertauliah global di dalam negara.
Sempena pelancaran BYD Mansion Macalister di Pulau Pinang baru-baru ini, BYD Sime Motorsmenganjurkan acara jelajah jalanan media dari BYD Ara Damansara ke BYD MansionMacalister.
Perjalanan sejauh 360-kilometer ini memperlihatkan kecemerlangan kenderaan elektrik BYD dari segi prestasi, keselesaan dan keupayaan jarak jauh. Menjelajah lebuh raya dan menyusuri laluan indah dan singgah di destinasi yang penuh dengan warisan budaya, membuktikan keupayaan meyakinkan BYD yang sudah pun dipilih oleh 5,000 pemilik di kawasan utara sahaja.
Seiring dengan peningkatan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara, BYD Sime Motors terus kekal fokus pada penyampaian perkhidmatan pelanggan yang boleh dipercayai melalui sokongan selepas jualan yang mudah diakses, latihan berterusan bagi pasukan barisan hadapan serta tahap kesiapsiagaan perkhidmatan yang tinggi.
Disokong oleh kadar ketersediaan alat ganti selepas jualan sebanyak 95%, pelanggan dapat menikmati sokongan yang lebih pantas serta pengalaman pemilikan yang lebih lancar, sekali gus mencerminkan komitmen jenama dalam mengutamakan pelanggan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://byd.simemotors.my/ atau ikuti BYD Sime Motors di https://www.facebook.com/BYDCarsMalaysia dan https://www.instagram.com/bydcarsmalaysia/. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi BYD Sime Motors di talian 1300-38-1888.