BYD Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, telah memperkukuh kehadiran runcitnya di Lembah Klang menerusi pembukaan BYD Rawang. Dikendalikan oleh BE Autohaus di bawah BE Group, cawangan baharu ini merupakan bilik pameran BYD ketiga kumpulan tersebut, sekali gus meluaskan akses kepada rangkaian kenderaan elektrik BYD bagi pelanggan di Rawang dan komuniti sekitarnya.
Terletak di kawasan yang pesat membangun di bahagian utara Lembah Klang, BYD Rawang bersedia memenuhi keperluan pangkalan pelanggan yang semakin berkembang dengan menawarkan persekitaran yang mesra dan kontemporari untuk pelanggan meneroka kenderaan elektrik BYD.
Dengan keluasan 4,298 kaki persegi di atas tapak seluas 10,803 kaki persegi, bilik pameran ini mendapat ilham daripada seni bina Eropah, dengan kemasan berwarna cerah, perkadaran seimbang dan perincian halus berinspirasikan istana.
Ruang ini boleh menempatkan sehingga lima kenderaan serta dilengkapi ruang istirahat pelanggan dan bilik penyerahan kenderaan baharu yang khusus, bagi memberikan pengalaman yang selesa dari peringkat penerokaan kenderaan hingga penyerahan.
BE Group memulakan kerjasama dengan BYD pada November 2022 menerusi BYD Setia Alam, yang dikendalikan oleh BE Drive Auto, sebelum mengembangkan rangkaiannya dengan pembukaan BYD Kota Kemuning di bawah kendalian BE Motorworld pada September 2024. BYD Rawang, yang dikendalikan oleh BE Autohaus, merupakan cawangan ketiganya dalam rangkaian BYD.
Bilik Pameran yang Menyokong Komuniti Kreatif Tempatan
Selain berfungsi sebagai pusat jualan automotif, BYD Rawang turut memperkenalkan inisiatif komuniti untuk menyokong bakat seni tempatan yang sedang meningkat naik. Menerusi ruang pameran khas di dalam bilik pameran, artis baharu berpeluang mempamerkan dan menjual karya mereka, sekali gus meningkatkan pendedahan kepada bakat kreatif tempatan serta menawarkan pengalaman tambahan kepada pengunjung.
Karyawan terpilih akan mempamerkan hasil seni mereka di BYD Rawang untuk tempoh tiga bulan, dengan pameran diperbaharui setiap suku tahun untuk memastikan pengalaman yang dinamik dan berbeza bagi pengunjung. Garis panduan penyertaan dan syarat kelayakan akan diumumkan menerusi saluran media sosial rasmi BYD Rawang.
Semua permohonan akan disemak dan karyawan yang disenarai pendek akan dimaklumkan secara langsung. Bagi menyokong komuniti seni, semua karya yang dipamerkan boleh dibeli dan karyawan yang mengambil bahagian akan menerima 100% hasil jualan tanpa sebarang komisen dikenakan.
Andrew Tay, Pengarah Urusan BE Group, berkata, “Pembukaan BYD Rawang merupakan satu pencapaian penting bagi BE Group ketika kami berkembang daripada cawangan BYD pertama kami di Setia Alam kepada Kota Kemuning dan kini Rawang. Keutamaan kami adalah untuk mewujudkan bilik pameran yang mesra, tempat pelanggan boleh meneroka kenderaan elektrik BYD serta menerima perhatian dan sokongan yang diperlukan.
“Pada masa yang sama, kami mahu cawangan ini turut menyumbang kepada komuniti setempat. Dengan menyediakan platform kepada artis tempatan yang sedang meningkat naik untuk mempamerkan dan menjual karya mereka, kami berharap dapat menyokong bakat tempatan sambil mewujudkan pengalaman yang tersendiri untuk pelanggan dan pengunjung.”
Bagi meraikan pembukaan ini, BYD Rawang akan menganjurkan rumah terbuka dari 19 hingga 30 Oktober 2026, yang menampilkan pandu uji, tawaran eksklusif sepanjang tempoh pelancaran bagi model-model BYD terpilih dan cabutan bertuah bagi pelanggan yang membuat tempahan sepanjang acara tersebut. Pengunjung juga boleh menyaksikan pameran seni sulung karyawan tempatan yang sedang meningkat naik.
Meluaskan Kehadiran Runcit dan Pengalaman Pelanggan BYD
Liu Xueliang Naib Presiden BYD Co., Ltd dan Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto BYD Asia Pasifik, berkata, “Malaysia ialah pasaran penting bagi BYD, dan pertumbuhan kami di sini berlandaskan kerjasama tempatan yang kukuh dan komitmen jangka panjang terhadap komuniti di tempat kami berkhidmat.
Walaupun usaha meluaskan capaian mobiliti elektrik kekal menjadi keutamaan, kami juga bertekad untuk mewujudkan ruang yang mencerminkan watak dan aspirasi komuniti di sekeliling kami. BYD Rawang membuktikan pendekatan ini, yang menggabung inovasi, reka bentuk dan ekspresi seni di bawah satu bumbung.
Dengan menyokong karyawan tempatan yang sedang menempa nama, kami berharap untuk meraikan kekayaan budaya kreatif Malaysia sambil mengeratkan lagi hubungan dengan pelanggan dan komuniti kami.”
Adeline Lew, Pengarah Urusan BYD Sime Motors, berkata, “Pembukaan BYD Rawang jelas mencerminkan komitmen berterusan kami untuk memperkukuh kehadiran runcit BYD dan menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh pelanggan di seluruh Malaysia.
Rakan pengedar memainkan peranan penting dalam mendekatkan jenama BYD kepada komuniti setempat, dan kami berbesar hati untuk mengukuhkan kerjasama dengan BE Group menerusi pembukaan cawangan BYD ketiganya.
Melalui peluasan rangkaian yang berterusan, kami berhasrat menyediakan akses yang lebih mudah kepada rangkaian kenderaan elektrik kami serta pengalaman pelanggan yang konsisten sepanjang tempoh pemilikan kenderaan.”
Di seluruh Malaysia, BYD Sime Motors terus membangunkan rangkaian runcit dan perkhidmatan lepas jualan untuk menyokong pelanggan pada peringkat pemilikan kenderaan. Rangkaian ini merangkumi 45 cawangan jualan dan pemasaran, 33 kemudahan lepas jualan dan 16 pusat baik pulih badan dan cat kenderaan.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://byd.simemotors.my/ atau ikuti BYD Sime Motors di https://www.facebook.com/BYDCarsMalaysia dan https://www.instagram.com/ bydcarsmalaysia/. Untuk pertanyaan, sila hubungi BYD Sime Motors di 1300-38-1888.

