Masa ibarat emas.
Dalam kehidupan seharian, setiap saat ada nilainya, lebih-lebih lagi apabila kita perlu sampai ke tempat kerja tepat pada waktunya. Ada yang sanggup keluar rumah lebih awal semata-mata mahu mengelak kesesakan jalan raya.
Namun, walaupun sudah merancang perjalanan, ada kalanya kita tetap tersangkut dalam ‘jam’ ketika semua orang sedang menuju ke pejabat.
Waktu itulah setiap minit mula diambil kira. Sempat lagi singgah beli sarapan atau kena terus ke pejabat? Bila sudah beberapa kali lampu bertukar hijau tetapi kereta masih belum lepas simpang, makin keraplah mata menjeling jam.
Tapi bagaimana pula kalau jam yang kita pandang itu tergantung betul-betul di bawah lampu isyarat?
Siapa Punya Jam Ni? Mengaku Cepat
Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang pengguna @aaaaaabell_ menarik perhatian ramai selepas memuat naik gambar sebuah jam dinding yang tergantung pada tiang lampu isyarat di hadapan sebuah pusat beli-belah AEON di Melaka.
Dalam gambar yang dirakam pada waktu malam itu, jam dinding berbentuk segi empat tersebut jelas kelihatan di bawah lampu merah.
Kedudukannya yang mencuri tumpuan membuatkan pengguna berkenaan tertanya-tanya siapa pemiliknya.
“Siapa punya jam nihhhh kat traffic light depan aeon melaka 😂😂😂😂,” tulisnya.

Netizen Dah Berteka-Teki
Soalan ringkas itu turut mengundang perhatian warga Threads. Rata-rata terhibur selain mempersoalkan bagaimana jam berkenaan diletakkan di sini.
Persoalan tentang siapa pemilik jam itu disambut dengan ‘pengakuan’ penuh warna-warni di ruangan komen.
Antara komen netizen;





