Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Siap Update Satu-satu, Pak Cik "Steady" Share Pengalaman Naik LRT3

pak cik lrt3
Kredit: Threads @hamzahsallehhazman

Siap Update Satu-satu, Pak Cik "Steady" Share Pengalaman Naik LRT3

Bila bercakap tentang LRT3, ramai pasti teruja untuk mencubanya buat kali pertama.

Seperti yang diketahui umum, LRT3 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Jun lalu sebelum mula beroperasi kepada orang ramai pada 29 Jun 2026.

Sejak hari pertama operasi, media sosial dibanjiri pelbagai perkongsian daripada rakyat Malaysia yang tidak mahu melepaskan peluang mencuba sendiri kemudahan baharu itu.

Tetapi, di sebalik semua perkongsian tersebut, posting seorang pak cik ini ternyata berjaya mencuri hati ramai.

Bahkan, ada netizen yang mengakui inilah antara perkongsian paling "rare" dikongsikan sejak LRT3 dibuka kepada orang ramai.

"Dalam banyak-banyak post, ni paling rare..." - Netizen

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang lelaki warga emas berkongsi pengalaman pertamanya menaiki LRT3.

"Alhamdulillah. Hari ini first trip LRT3. Perjalanan dari Datuk Menteri Seksyen 14 Shah Alam ke Johan Setia, Klang mengambil masa 40 minit saja. Suasana dalam tren aman sekali," tulisnya.

Lebih menarik, beliau turut memuat naik beberapa keping gambar sepanjang perjalanan. Dari stesen sebelum menaiki tren, suasana di dalam LRT sehinggalah destinasi yang dituju.

Malah, apa yang paling mencuit hati ialah beliau turut berkongsi gambar makanan yang dinikmati mungkin di sebuah kedai mamak selepas selesai perjalanan.

Lagi comel bila pak cik ni layan satu-satu komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meninggalkan pelbagai reaksi yang menghiburkan.

Ada yang memuji keterujaan pak cik tersebut, malah tidak kurang juga yang mengusiknya dengan penuh mesra.

"Steady pakcik. Saya rasa pakcik adalah saya 30 tahun akan datang."

"Hati-hati di jalan, uncle! Jangan lupa top up kad Touch 'n Go ya."

"Dalam banyak-banyak post, ni paling rare. Geng otai mariii... mesti pakcik ni tunggu dari zaman Najib."

"Terima kasih sebab berkongsi. Semoga dipanjangkan umur pakcik."

Namun, perkara yang paling membuatkan netizen 'cair' ialah layanan mesra pak cik itu di ruangan komen.

Beliau dilihat membalas satu demi satu komen yang diterima, seolah-olah seorang ayah sedang berbual dengan anak-anaknya. 

Tak ketinggalan, ramai juga yang menitipkan doa agar pak cik itu sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan terus dimurahkan rezeki.