Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kalau sebut pasal haiwan peliharaan iaitu kucing, pasti akan terselit kisah-kisah nakal yang mereka lakukan tanpa sengaja. Ya, sifat manja mereka kadang-kandang membuatkan kita tidak jadi marah. Mana taknya, dah bagi pasu pecah, boleh pula datang ‘menegur meow’ manja.
Menerusi satu kisah yang dikongsikan dari pemilik akaun Twitter yang bernama Eyna Zain mengenai kucing peliharaannya yang tidak sengaja merosakkan anak tanamannya.
Katanya semasa dihubungi, setelah lima hari dimasukkan ke wad, tibalha masa untuk pulang ke rumah dengan rasa teruja apabila mengenangkan anak benih yang disemainya sudah naik subur. Namun, ‘angan-angan’ musnah selepas tempat semaian benih tersebut didiami anak-anak bulus peliharaannya.
Apa yang korang lihat, anak-anak kucing ini sedang nyenyak tidur dalam tapak semaian tersebut dan rasa tidak bersalah kerana mereka telah rosakkan tanaman tersebut.




Tetapi lain pula jadinya apabila salah seekor anak Si bulus ini ada berwarna Oren. Ramai yang mengatakan bahawa si ‘Oyen’ ini akan mewarisi sifat nakal dari kucing Oren yang lain.



Sumber: Eyna zain