Menurut pakar, Huawei berkemungkinan akan menuntut lebih banyak royalti daripada firma Amerika Syarikat untuk teknologi yang digunakan dan dipatenkan oleh syarikat gergasi telekom China berkenaan. Hal ini berikutan oleh tekanan yang berterusan diberikan oleh Washington.
Ini akan menjadi peralihan terbesar dalam strategi Huawei kerana sebelum ini mereka bukanlah pihak (syarikat) yang suka mengambil tindakan undang-undang dalam sesuatu isu terumanya dari segi pemilikan hak harta intelik (IPR) walaupun memiliki beberapa paten penting dalam dunia telekomunikasi ini.
Minggu lepas, Reauters ada melaporkan bahawa Huawei telah menuntut pihak Verizon untuk membayar 1 billion (USD) royalti untuk lebih daripada 230 paten Huawei. Malah Verizon bukalah satu-satu syarikat yang terlibat dalam isu pertikaian paten ini, menurut CEO dan pengasas syarikat Huawei, Ren Zhengfei berkata bahawa minggu ini pihaknya mungkin boleh menuntut royalti dari lebih banyak firma.

Tambahnya lagi,
Sebelumnya, Huawei telah dilarang untuk menjual peralatan telekomunikasi mereka di Amerika Syarikat tetapi teknologi yang dipatenkan oleh Huawei masih digunakan oleh firma Amerika melalui pihak ketiga.
Sumber : CNCB
