Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Selamat Kembali Wahai Saudaraku,” Menitis Air Mata Adam Corrie Bila Dapat Tahu Michael Ang Peluk Islam

Seperti semua sedia maklum, pengarah drama terkenal, Michael Ang telah mengumumkan bahawa beliau telah memeluk agama Islam sejak setahun yang lalu dan baru sahaja diwar-warkan secara rasmi menerusi Instagram beliau sebentar tadi.

BACA: “Assalamualaikum, Doakan Yang Baik-Baik”, Michael Ang Kongsi Berita Sudah Setahun Peluk Islam

Adam Corrie Lee yang juga seorang pelakon terkenal mengucapkan syukur kepada Allah sehingga menitiskan air mata apabila mendapat berita tentang Michael Ang memeluk agama Islam. Adam menyiar semula entri dari Michael Ang ke Instagram beliau dan mengucapkan “selamat kembali wahai saudaraku dunia dan akhirat”.

Michael Ang atau nama sebenarnya Michael Ang Hai Swee seorang pengarah dan juga penerbit yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan. Beliau pernah mengarah drama seperti Suri Hati Mr.Pilot dan Filem Kimchi Untuk Awak.

Sumber: Adam Corrie Lee