Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelik 'Rider' Tak Balas Mesej, Wanita Ini Terkejut Dapat Tahu Penghantar Maut Kemalangan

rider
Kredit: Threads @fathinaleya
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Penantian seorang wanita selama hampir dua jam untuk menerima barangan yang dihantar seorang penghantar bertukar menyedihkan apabila dia dimaklumkan bahawa lelaki berkenaan maut dalam kemalangan hari ini.

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna dikenali sebagai Fathinaleya berkongsi tangkap layar perbualannya dengan penghantar berkenaan yang tidak memberikan sebarang maklum balas.

Kredit: Threads @fathinaleya

Menurutnya, dia mula berasa pelik apabila penghantar itu tidak membalas mesej dan pergerakannya juga tidak menunjukkan sebarang perkembangan.

Wanita itu kemudian menerima panggilan daripada seorang rakan yang memaklumkan bahawa penghantar berkenaan dipercayai maut di tempat kejadian.

“Weh aku dah dua jam tunggu rider ni, lepas tu pelik kenapa tak ada respons dan tak gerak. Lepas tu kawan telefon dan ada orang angkat, cakap rider ni kemalangan dan meninggal tempat kejadian.

“Tolong siapa kenal rider ni. Dia tengah cari waris,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, penghantar berkenaan dikenali sebagai Muhammad Helmie Muhammad Termizi. Nombor pendaftaran motosikalnya pula bermula dengan huruf D, yang dipercayai menunjukkan kaitan dengan Kelantan.

Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata ratanya meluahkan rasa simpati terhadap kejadian berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna, nadhirahhhs, mendoakan agar Allah SWT mengurniakan ganjaran terbaik kepada arwah yang meninggal dunia ketika mencari rezeki.

“Meninggal sewaktu mencari rezeki. Semoga syahid buatmu bang,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, bykakmel, turut memuji tindakan wanita berkenaan yang tidak terus memarahi penghantar walaupun terpaksa menunggu lama.

“Tapi saya tabik akak, lambat pun tak marah2 tak maki hamun.. siap call nak tanya di mana,” komennya.

Sementara itu, pengguna didie_nasir mendakwa kejadian kemalangan itu berlaku di hadapannya.

“Betul kemalangan depan saya td... alfatihah utk arwah,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, syxfiqo95, turut berkongsi bahawa dia melalui lokasi kejadian ketika hendak menghantar dokumen ke Sunway dan mendakwa kemalangan itu baru sahaja berlaku ketika dia berada di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, pengguna itsdotty_ meluahkan rasa sedih mengenangkan penghantar berkenaan yang sedang menyelesaikan tugasan penghantaran.

“Sedihnya, dia nak habiskan trip tu je tak sangka ajal dia separuh jalan,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang simpati orang ramai terhadap nasib penghantar berkenaan yang dilaporkan meninggal dunia ketika menjalankan tugas mencari rezeki.

Sumber:Threads
Intipati
  • Seorang wanita menunggu penghantar hampir dua jam sebelum menerima berita menyedihkan.
  • Penghantar dikenali sebagai Muhammad Helmie Muhammad Termizi dipercayai maut dalam kemalangan.
  • Perkongsian itu mengundang simpati pengguna media sosial terhadap arwah yang sedang mencari rezeki.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan