Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Sekiranya Saya Boleh, Anda Pasti Boleh", Graduan OKU Cekal Raih Ijazah Sarjana Muda UiTM

Azzwin
wanita oku
Kredit: @uitm_channel via TikTok

"Sekiranya Saya Boleh, Anda Pasti Boleh", Graduan OKU Cekal Raih Ijazah Sarjana Muda UiTM

Umum mengetahui, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sering berdepan pelbagai cabaran dalam menjalani kehidupan seharian, termasuk dari segi pergerakan, pembelajaran dan komunikasi.

Namun begitu, kekurangan yang dimiliki bukanlah alasan untuk mereka berhenti mengejar impian dan kejayaan seperti individu lain.

Malah, dengan semangat, usaha dan keazaman yang tinggi, ramai dalam kalangan mereka berjaya membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai.

Wanita OKU berjaya menamatkan pengajian

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial memaparkan Orang Kurang Upaya (OKU) berjaya menamatkan pengajian dalam Majlis Konvokesyen ke-104 Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Menerusi video yang dikongsikan di oleh @uitm_channel di TikTok, graduan berkenaan dilihat menerima skrol ijazah dengan penuh semangat meskipun berdepan kekangan fizikal.

Difahamkan, wanita tersebut dikenali sebagai Nur Adila Ghazali yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.

Kredit: @uitm_channel via TikTok

Nur Adila yang merupakan OKU fizikal menggunakan kerusi roda kerana keadaan tangan dan kaki yang lebih pendek berbanding individu lain.

Dalam rakaman tersebut, dia dilihat sedikit bergelut ketika mengambil skrol di pentas konvokesyen sebelum dibantu oleh petugas rasmi universiti.

Melanjutkan pengajian peringkat sarjana

Bagaimanapun, dalam video @uitm_channel dia menjelaskan bahawa keadaan itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus menuntut ilmu.

Malah, dia kini sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam fakulti yang sama.

Menurut Nur Adila, antara cabaran terbesar yang dihadapi adalah membahagikan masa serta menguruskan diri sendiri dalam kehidupan seharian.

Kredit: @uitm_channel via TikTok

Selain itu, dia turut mengakui cabaran untuk membuatkan orang lain memahami keadaannya juga bukan sesuatu yang mudah.

“Ada orang yang faham dan ada juga yang tidak memahami keadaan saya. Jadi kita kena pandai berkomunikasi,” katanya.

Dalam masa yang sama, Nur Adila turut menitipkan kata-kata semangat kepada individu lain agar tidak mudah berputus asa dalam terus menuntut ilmu.

“Teruskan usaha, jangan segan dan jangan malu. Sekiranya saya boleh, anda pasti boleh,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang rasa kagum orang ramai yang terinspirasi dengan semangat dan ketabahannya dalam menuntut ilmu.