Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Saya Reda,” PM Anwar Terkilan Tak Sempat Berada Di Sisi Arwah Abang Pada Saat Akhir

PM Anwar Terkilan
Kredit: Bernama & FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat berada di sisi Allahyarham abangnya, Idrus Ibrahim pada saat-saat akhir.

Anwar berkata beliau bagaimanapun reda dengan pemergian abangnya meskipun hatinya masih cuba menerima kehilangan tersebut.

Menurutnya, khabar duka itu diterima ketika beliau sedang dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

PM Anwar terkilan

“Sukar untuk saya ungkapkan rasa kehilangan ini apabila seorang sosok yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup kini telah tiada, dan hanya Allah SWT yang tahu betapa beratnya hati menerima kenyataan ini.

“Terkilan kerana tidak sempat berada di sisi pada saat-saat akhirnya, namun saya reda meski hati ini masih cuba menerima sebuah perpisahan yang tidak pernah kita bersedia untuk hadapi.

“Terima kasih atas segala kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan dan semuanya akan kekal terpahat dalam ingatan dan hati kami,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam hantaran sama, Anwar turut memohon orang ramai mendoakan agar Allahyarham diampunkan segala khilaf, dilimpahkan rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Terdahulu, Idrus Ibrahim yang merupakan abang sulung kepada Perdana Menteri dilaporkan meninggal dunia pada Khamis.

Intipati
  • Anwar Ibrahim terkilan tidak sempat berada di sisi abangnya pada saat akhir.
  • Beliau berkata khabar pemergian Idrus diterima ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia.
  • Anwar memohon orang ramai mendoakan Allahyarham diampunkan dan ditempatkan bersama hamba beriman.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan