Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Saya Akan Buat Satu Kenyataan Akbar Hari Ini Sempena Kemenangan KL City – Menteri WP

Gambar: Bernama

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka akan membuat satu pengumuman untuk warga wilayah pada hari ini sempena kemenangan pasukan KL City FC dalam kempen Piala Malaysia semalam.

Kenyataan tersebut telah dikongsikan menerusi akaun Facebook rasminya sebentar tadi.

“Kepada warga Wilayah, saya akan buat kenyataan akhbar pada hari ini sempena KL CITY menang piala Malaysia,” tulisnya.

Terdahulu, pasukan bola sepak KL City FC telah menamatkan penantian selama 32 tahun untuk menjulang Piala Malaysia selepas berjaya menundukkan gergasi pasukan bola sepak tempatan iaitu Johor Darul Takzim (JDT).

Dua gol yang dihasilkan menerusi Zhafri Yahya dan Paulo Josue telah membuatkan pasukan JDT terpaksa berputih mata untuk menjulang piala keramat itu.

Kejayaan KL City menjulang Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil itu lebih manis memandangkan ia merupakan edisi ke-100 kejohanan.

Sumber: Shahidan Kassim