Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rupanya Ini Sebab Kenapa Minyak Masak Pakai 'KG', Petrol Guna 'Liter'
Dalam kehidupan seharian, kita sering berurusan dengan pelbagai jenis bahan dan produk yang diukur menggunakan unit yang berbeza seperti kilogram, liter atau unit tertentu.
Tapi ada satu perkara menarik, pernah tak korang perasan satu benda pelik masa tengah beli barang dapur atau tengah isi minyak kat stesen minyak?
Kalau kita beli minyak masak, kita tengok label dia tulis dalam Kilogram (kg), tapi bila kita pergi pam petrol, meter tu jalan dalam kiraan Liter (L).
Padahal dua-dua pun cecair, kan? Kenapa tak pakai liter je dua-dua, baru tak pening kepala nak kira?
Rupanya, perbezaan unit ni bukan saja-saja tapi ada sebabnya yang ramai orang tak tahu.
Mari rungkai kenapa minyak masak kita timbang, tapi petrol kita sukat di bawah.
Pakar dalam bidang Dinamik Bendalir Pengiraan (Computational Fluid Dynamics) Dr. Aid Fawzal tampil memberi penjelasan di platform Threads susulan ramai yang mempersoalkan mengenai isu berkenaan.
"Minyak masak dijual mengikut kilogram kerana sifatnya lebih stabil terhadap suhu persekitaran (ambient temperature).
"Sama ada dibeli ketika cuaca sejuk atau panas, perubahan beratnya adalah sangat kecil dan hampir tidak ketara," katanya.

Di Malaysia, pengguna biasa membeli minyak masak mengikut kilogram, manakala bagi kegunaan komersial pula ia lazimnya dijual dalam liter.
Berbeza dengan petrol dan diesel yang lebih mudah mengalami perubahan isipadu apabila suhu persekitaran berubah.
Berdasarkan Coefficient of Thermal Expansion, apabila suhu meningkat sebanyak 10°C:
Petrol: isipadu mengembang sekitar 0.95 peratus
Diesel: isipadu mengembang sekitar 0.82 peratus
Minyak masak: isipadu mengembang sekitar 0.64 peratus
Ini menunjukkan minyak masak mempunyai kadar pengembangan yang lebih rendah berbanding petrol dan diesel, sekali gus menjadikannya lebih stabil terhadap perubahan suhu.