Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, kawasan parkir terutamanya kawasan kediaman strata dan PPR bukanlah hak peribadi.
Dalam satu kiriman di Facebook, DBKL memaklumkan ruang yang semakin terhad dan jumlah kenderaan yang semakin bertambah bukanlah boleh dijadikan alasan untuk penduduk 'mencop' tempat letak kereta tersebut.
Melalui tinjauan dari DBKL, ada yang meletakkan kon, kerusi, pasu, tong air, malah papan tanda buatan sendiri seolah-olah itu adalah milik peribadi.

Malah kongsi DBKL lagi, di sesetengah kawasan PPR pula, kemudahan parkir bertingkat telah disediakan bagi membantu mengurangkan kesesakan dan melancarkan pergerakan di kawasan kediaman.

"Namun, masih ada yang memilih untuk meletakkan kenderaan di laluan, bahu jalan atau secara berlapis kerana mahu dekat dengan rumah atau premis.
"Mudah untuk seorang, tetapi menyulitkan ramai orang," tegas DBKL lagi.

Kongsi DBKL juga, ini adalah antara cabaran kecil yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan warga kota hari ini.
"Ramai antara mereka yang mahukan keselesaan, tapi keselesaan perlu datang bersama disiplin dan timbang rasa," jelas DBKL lagi.
Tambah DBKL, apabila setiap orang memilih jalan mudah tanpa memikirkan kesan kepada komuniti, ruang bersama akhirnya menjadi sempit dan hubungan sesama jiran boleh menjadi tegang.
"Hidup di kawasan strata dan PPR menuntut kematangan dalam berkongsi ruang. Ruang awam bukan hak individu, tetapi amanah untuk digunakan secara bersama dengan rasa hormat dan tanggungjawab," tambah DBKL.
Malah, kematangan warga kota tidak diukur pada kenderaan yang dimiliki, tetapi pada kesanggupan menghormati ruang dan hak orang lain.