Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

RON95 Tanpa Subsidi, Diesel Di Semenanjung Naik 5 Sen
Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa harga runcit RON95 dan diesel di Semenanjung masing-masing naik lima sen seliter berkuat kuasa 7 Mei hingga 13 Mei 2026.
"RON95 naik 5 sen kepada RM4.02 seliter, manakala diesel di Semenanjung Malaysia turut meningkat 5 sen kepada RM5.17 seliter," maklum kenyataan itu.
Selain itu, MOF juga berkata harga RON97 pula tiada perubahan dan kekal RM4.90 seliter.
Kerajaan terus mengekalkan harga subsidi bersasar bagi membantu rakyat dan sektor tertentu, dengan RON95 (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pada RM2.15 seliter.
Sementara Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada RM2.05 dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) RM2.15 seliter.
“Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu memelihara kestabilan bekalan negara susulan ketidaktentuan pasaran petroleum global yang masih berlarutan.
“Harga petroleum masih kekal tinggi, melebihi AS$100 setong, berikutan ketiadaan penyelesaian terhadap konflik di Asia Barat. Keadaan ini turut menjurus kepada kekangan bekalan minyak mentah dan produk petroleum global, yang semakin meruncing akibat kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di rantau tersebut,” jelas kenyataan itu.
Tambahnya, kerajaan akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin