Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Roadshow Sun Life Malaysia, Takaful Percuma RM10,000 Menanti

ROADSHOW
Ho Teck Seng, Presiden & Ketua Operasi Sun Life Malaysia.

Roadshow Sun Life Malaysia, Takaful Percuma RM10,000 Menanti

Rakyat Malaysia yang ingin memahami dengan lebih baik keperluan perlindungan mereka kini berpeluang menerima perlindungan Group Term Takaful (GTT) secara percuma selama 12 bulan dengan jumlah perlindungan sebanyak RM10,000 melalui penyertaan dalam roadshow ‘Protection with Purpose’ anjuran Sun Life Malaysia serta melengkapkan penilaian perlindungan. Seramai 10 pemenang akan dipilih di setiap lokasi roadshow, dengan jumlah keseluruhan 30 pemenang di tiga lokasi. Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat.

Selepas sambutan menggalakkan pada lokasi pertama di IOI City Mall pada Julai lalu yang menarik lebih 470 pengunjung, roadshow ini bertujuan membantu rakyat Malaysia menilai sama ada perlindungan insurans atau takaful sedia ada mereka mencukupi untuk melindungi diri dan insan tersayang daripada ketidakpastian kehidupan.

Roadshow ‘Protection with Purpose’ Sun Life Malaysia memperkasakan celik kewangan menerusi aktiviti interaktif dan penilaian perlindungan secara peribadi

Menurut Tinjauan Celik Insurans Sun Life Malaysia 2026, walaupun 59% rakyat Malaysia berpendapat mereka mempunyai perlindungan yang mencukupi, hanya 35% mengatakan mereka mampu bertahan lebih daripada enam bulan sekiranya sumber pendapatan utama mereka terjejas. Dapatan ini menunjukkan kepentingan untuk rakyat Malaysia mengambil langkah proaktif dalam membina daya tahan kewangan, termasuk menilai semula perlindungan yang dimiliki secara berkala.

Membawakan tema “Insured and Truly Protected”, roadshow ini menggalakkan individu dan keluarga untuk menilai semula perlindungan yang dimiliki, mengenal pasti sebarang jurang perlindungan serta meningkatkan keyakinan dalam membuat keputusan kewangan yang lebih termaklum selaras dengan perubahan keadaan kehidupan dan tanggungjawab mereka. Roadshow ini terbuka kepada orang ramai, khususnya individu dan keluarga yang ingin menilai keperluan perlindungan kewangan serta membina daya tahan kewangan yang lebih kukuh.

“Ramai rakyat Malaysia mungkin sudah mempunyai beberapa bentuk perlindungan insurans atau takaful, namun mereka mungkin tidak menyedari bahawa keperluan perlindungan mereka berubah apabila melalui fasa kehidupan yang berbeza,” kata Ho Teck Seng, Presiden & Ketua Operasi Sun Life Malaysia. “Menerusi Roadshow ‘Protection with Purpose’, kami berharap dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia memahami keperluan kewangan mereka dengan lebih jelas serta mengambil langkah bermakna untuk melindungi kesejahteraan kewangan mereka.”

Di setiap lokasi roadshow, pengunjung boleh mendapatkan penilaian perlindungan secara percuma secara satu dengan satu bersama penasihat Sun Life Malaysia bagi menilai keperluan perlindungan mereka serta menyemak sama ada perlindungan sedia ada masih selaras dengan fasa kehidupan dan matlamat kewangan semasa mereka.

Pengunjung menerima saringan kesihatan percuma dan penilaian perlindungan secara peribadi di Roadshow ‘Protection with Purpose’ Sun Life Malaysia

Susulan sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada lokasi pertama, roadshow ini akan diteruskan ke IOI Mall Puchong, Carnival Court, dari 12 hingga 16 Ogos 2026, sebelum menuju ke 1 Utama Shopping Centre, kawasan Promenade, pada September 2026.

Selain mendapatkan khidmat rundingan kewangan, pengunjung turut boleh menikmati saringan kesihatan percuma bagi mengukur paras glukosa darah, kolesterol dan asid urik, menyertai permainan serta aktiviti interaktif, dan berpeluang memenangi hadiah menerusi cabaran ‘Spin The Sun’.

Bagi melengkapkan fokus roadshow terhadap gaya hidup lebih sihat dan perlindungan kewangan yang lebih kukuh, pengunjung turut boleh menikmati promosi eksklusif daripada rakan niaga terpilih, termasuk Yogurt Planet di IOI Mall Puchong, serta IJN First Pharmacy dan Jungle House di 1 Utama.

Kini memasuki tahun ketiga, inisiatif roadshow ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Sun Life Malaysia dalam memperkasakan celik kewangan dan pengetahuan mengenai perlindungan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sejak diperkenalkan pada 2024, inisiatif ini telah berinteraksi secara langsung dengan lebih 4,900 individu menerusi aktiviti lapangan, rundingan kewangan dan aktiviti pendidikan.

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan aktiviti roadshow akan datang, ikuti saluran media sosial rasmi Sun Life Malaysia.

Intipati
  • Sun Life Malaysia menawarkan peluang perlindungan GTT percuma RM10,000 kepada 30 pemenang roadshow.
  • Roadshow itu menyediakan penilaian perlindungan satu dengan satu dan saringan kesihatan percuma.
  • Lokasi seterusnya ialah IOI Mall Puchong pada Ogos dan 1 Utama pada September.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan