Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 9 Negeri Petang Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 6 petang ini.

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri Hingga 6 Petang

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada jam 3.30 petang, kawasan yang terlibat merangkumi Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

“Bagi Kedah, kawasan yang terlibat ialah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

“Di Perak pula, amaran melibatkan Kinta, Kampar, Kuala Kangsar, Batang Padang, Muallim, Kerian, Larut Matang, Selama dan Hulu Perak.

“Sementara itu, Kelantan melibatkan Gua Musang, manakala di Terengganu pula kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

“Amaran turut dikeluarkan bagi seluruh Perlis dan Pahang.

“Bagi Selangor, kawasan yang terlibat ialah Hulu Selangor, manakala Negeri Sembilan melibatkan Jelebu dan Jempol.

“Di Johor pula, amaran berkenaan melibatkan Kota Tinggi, Kluang, Kulai, Johor Bahru, Pontian dan Mersing,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 6 petang.
  • Sembilan negeri terlibat, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Johor.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti maklumat rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan