Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada jam 5.10 petang, amaran berkenaan melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak.

“Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Kulim, Bandar Baharu, Baling dan Sik. Manakala di Perak pula melibatkan Hulu Perak, Selama dan Muallim.

“Bagi Kelantan, amaran dikeluarkan untuk Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

“Di Terengganu pula melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.

“Selain itu, beberapa kawasan di Pahang turut dijangka mengalami cuaca buruk iaitu Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut.

“Di Selangor, amaran melibatkan Hulu Selangor dan Gombak, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Sibu, Sarikei, Betong, Mukah serta Kapit iaitu di Song,” menurut maklumat MetMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada terhadap perubahan cuaca secara mendadak dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan diri serta keluarga.

Orang ramai juga disarankan supaya mengelakkan aktiviti luar ketika ribut petir berlaku dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai keadaan cuaca menerusi saluran rasmi MetMalaysia.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini akibat hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dijangka melanda kawasan terlibat.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 9 malam.
  • Amaran melibatkan beberapa kawasan di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Penduduk dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti perkembangan rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan