Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 9 malam ini.
Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta WP Labuan
"Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung dan Kinta.
"Manakala di Kelantan pula seperti Tumpat, Kota Bharu dan Bachok. Di Terengganu, hanya daerah Marang diramal hujan.
"Sementara di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin. Selain itu di Melaka pula termasuk daerah Alor Gajah dan Jasin.
"Di Johor, beberapa daerah diramal hujan hingga malam ini termasuk Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Miri dan Limbang.
"Bagi Sabah pula adalah Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut