Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir
Hujan Lebat Di Kebanyakan
Kredit; Bernama

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang, Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim

"Sementara di Pahang pula seperti Jerantut, Bera dan Rompin selain di Negeri Sembilan seperti Jempol dan Tampin dan Melaka hanya di Jasin.

"Selain itu, di Johor pula Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang.

"Beralih ke Sarawak pula, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

"Di Sabah pula adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.