Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir
Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri
Kredit; Bernama

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri dan tiga Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Perlis, Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Pulau Pinang pula termasuk Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

"Selain itu di Perak, beberapa daerah diramal hujan seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Sementara di Kelantan hanya di daerah Kuala Krai.

"Bagi Pahang pula hanya daerah Jerantut sahaja diramal hujan. Di Negeri Sembilan termasuk Seremban, Port Dickson dan Rembau.

"Di Johor pula termasuk Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Miri (Subis) dan Sabah termasuk Pedalaman (Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.