Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.
Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta WP Labuan.
"Di Kedah daerah yang diramal hujan adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung dan Perak Tengah.
"Bagi Terengganu pula di Dungun dan Kemaman sementara di Pahang melibatkan kawasan Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin.
"Di Selangor, hanya daerah Hulu Langat diramal hujan.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
"Bagi Sabah pula termasuk Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod dan Telupid)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.