Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mengikut jejak abang tersayang, pempengaruh dan ahli perniagaan meningkat naik, Ashhry Atan juga tak lokek dengan sikap pemurah.

Adik kepada Anas Zahrin yang juga pemilik Restoran Ashhryshoshedap beroperasi sejak 28 Februari 2022 di Nongchik Riverside di Johor Bahru sejak ini percaya lebih banyak memberi atau bersedekah, maka pulangan yang baik juga berbalik kepada diri sendiri.
Malah bersempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2026 diraikan 12 Mei lalu, Ashhry bersama staf dan chef restoran miliknya tampil menyediakan pelbagai makanan disajikan secara percuma dengan peruntukan lebih RM10,000 di premis makanan miliknya.
“Lebih 20 jenis menu makanan Melayu dan aneka manisan yang selama ini menjadi cap dagang restoran milik saya dijamu kepada lebih 500 jururawat seluruh Johor Bahru termasuk dari Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail, Kumpulan Perubatan Johor dan sebagainya.
“Paling manis dan amat saya hargai ialah chef bertugas sudah siap siaga ‘berperang’ di dapur seawal jam enam pagi lagi.

“Lebih membahagiakan apabila melihat senyuman lebar setiap jururawat yang hadir saat dan usai menikmati menu disediakan. Apabila nampak mereka semua gembira sambil bersua muka walaupun tidak saling mengenali, ia beri satu kepuasan buat diri,” kata Ashhry.
Tambah Ashhry lagi, dia mendapat inspirasi dari ibu tercinta Hajah Hamida Haji Dan selain galakan Anas sendiri yang gemar membuat ramai orang gembira tak kira dari segi menjamu makan atau sumbangan lain.

“Selama ini kebanyakan meraikan Hari Polis, Hari Guru dan sebagainya. Tak lupa meraikan jururawat dedikasi yang selama ini berjuang di barisan hadapan. Semua ini juga sebagai tanda terima kasih buat golongan mulia ini.
“Saya gembira kerana dapat beramah mesra dengan jururawat yang sudah berkhidmat selama berbelas tahun. Bahkan ada yang sudah me lebih dua dekad berbakti tanpa kenal penat lelah.

“Jujur saya tidak mampu nemyembunyikan rasa sebak kerana keraian dan sambutan ini menjadi julung kali dianjurkan restoran milik sendiri,” kata Ashhry lagi.
Ditanya lanjut mengenai sikap pemurahnya selama ini yang bukan asing di platform media sosial, Ashhry percaya bukan dirinya saja yang berbuat demikian.

“Tiada langsung niat untuk menunjuk-nunjuk sikap riak bersedekah atau membantu peniaga kecil mahupun mereka memerlukan. Saya percaya contoh yang baik juga menjadi ruang murni untuk menggalakkan lebih ramai orang berbuat hal sama.
“Malah saya juga tidak mengharapkan lebih, cukup doa dipanjangkan dari semua dengan harapan moga perjalanan empayar perniagaan Ashhryshoshedap akan terus maju.

“Malah jika tiada aral melintang cawangan kedua restoran saya di R&F Johor Bahru dijangka pembukaan dan pelancarannya Jun depan. Restoran Ashhryshosedap juga pernah dinobatkan sebagai Johor The Best Restaurant 2025,” katanya.
Untuk rekod, Restoran Ashhryshoshedap cukup dikenali dengan menu seperti Asam Pedas Ikan Pari, Daging Salai Masak Lemak serta aneka dessert yang unik seperti “Kura Kura Mencintaimu”.

Tak lupa ‘killer menu’ dan yang terkenal di restoran berkenaan ialah Creamy Butter Clam, Spaghetti Salted Egg dan Sotong Goreng, Ikan Talapia Goreng Rangup.