Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rasa 'Sesuatu' Memerhati, Individu Terakam Makhluk Berambut Panjang Dalam Bilik Hotel
Secara umum, dunia ini bukan hanya didiami oleh manusia dan hidupan bernyawa yang boleh dilihat dengan mata kasar sahaja.
Hakikatnya ia turut ‘dihuni’ oleh makhluk-makhluk lain yang terhijab daripada pandangan mata kita.
Makhluk ini pula hanya terlihat dalam keadaan tertentu dan apabila itu berlaku, sudah tentu seram sejuk dibuatnya, kan?
Antara tempat yang sering dikaitkan dengan kehadiran makhluk halus ialah kawasan sunyi, bangunan lama dan hutan.
Namun begitu, dalam pelbagai perkongsian masyarakat, ada juga yang mendakwa pengalaman serupa boleh berlaku di tempat yang lebih biasa seperti hotel atau penginapan sementara.
Sebuah perkongsian di media sosial baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang individu mendakwa adiknya mengalami kejadian yang menakutkan ketika berada di Iuar negara bersama rakan-rakannya.
Menerusi hantaran @enniklyn di Threads, adiknya berada dalam kumpulan pendaki dan menginap di kawasan pergunungan itu.
Namun, pada malam kejadian, dia dikatakan tidur seorang diri, manakala rakan-rakannya tidur di bilik yang berasingan.
“Adik saya sedang mendaki dekat Gunung Merbabu bersama kawan-kawannya. Dia tidur seorang diri manakala kawan-kawannya tidur di bilik lain,” katanya.
Lebih menyeramkan lagi ketika adiknya cuba untuk melelapkan mata, dia merasakan seolah-olah dirinya sedang diperhatikan oleh sesuatu yang tidak kelihatan.
Perasaan tidak selesa itu menyebabkan dia terjaga daripada tidur.
“Ketika dia sedang cuba untuk tidur, dia rasa macam ada benda tengah tengok dia. Dia terus bangun dan mengambil gambar ini,” ujarnya lagi.
Menurut @enniklyn, gambar yang diambil pada waktu kejadian kemudian dikongsi dan didakwa telah melalui proses penambahbaikan imej oleh pengirim asal.
Namun, tindakan tersebut dikatakan hanya menimbulkan rasa kurang selesa kepada dirinya sendiri selepas melihat hasil yang diperjelaskan.
"I tried to enhance the photo but sekarang saya pula yang takut," kata @enniklyn lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Threads turut cuba mempertingkatkan kualiti foto tersebut dan hasilnya dikatakan membuatkan ramai meremang serta berasa seram selepas melihat imej berkenaan.

