Pempengaruh dan usahawan popular Khairul Aming menunaikan janji membawa kesemua pemenang giveaway Sambal Bilis ke Dolomites, Italy.
Kesemua 14 orang pemenang individu itu akan menghabiskan masa selama seminggu bersama beliau dalam percutian yang ditaja sepenuhnya.
Tahu-Tahu Dah Ke Itali
Menurut Khairul Aming, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sepanjang berada di sana bagi memastikan pengalaman percutian itu bermakna buat semua pemenang.
“Seperti yang dijanjikan, kesemua 14 orang pemenang giveaway Sambal Bilis dah selamat sampai ke Dolomites.
“KA akan spend masa seminggu dengan diaorang kat sini, all fully sponsored. Harap diaorang semua happy,” kongsi beliau di laman Threads.
Netizen Puji Kebaikan KA
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang memuji keprihatinan dan kemurahan hati Khairul Aming terhadap para pelanggannya.
“Wahh bestnya dapat fully sponsored trip. Murah rezeki diorang. Semoga makin murah rezeki KA!” komen seorang pengguna.
“Entahlah taktau kenapa rasa seronok tengok sbb mostly yg dapat pergi ni husband and wife. Betul-betul rezeki bertuah kannn boleh travel dengan pasangan yg halal,” komen seorang lagi.
“Hebat sungguh usahawan muda,” tulis pengguna lain.
Malah yang ada yang sempat berseloroh “rasa baru lag9i beliau dekat F1, eh tiba-tiba dekat Dolomites dah. Pakai pintu Doraemon ke”
Dalam klip yang dikongsikan KA, beliau berkongsi momen-momen gembira bersama semua pemenang sambil menikmati panorama indah di bumi Itali.
Sebelum ini, KA mengumumkan bakal mengadakan giveaway pada lima pembeli terpantas akan dibawa bercuti ke Dolomites, Itali pada bulan Oktober depan.
Giveaway berkenaan bersempena pelancaran produk keempatnya Sambal Nyet Bilis.
