Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai Berani Minta Gaji Tinggi Masa Interview, Rupanya Ini Yang Majikan Cari

Gaji Tinggi Masa Interview

Ramai Berani Minta Gaji Tinggi Masa Interview, Rupanya Ini Yang Majikan Cari

Pernah tak terfikir kenapa kadang-kadang orang yang pengalaman kerjanya tak kukuh sangat tapi senang betul dapat kerja? Lagi hairan siap ada yang minta gaji tinggi tapi still jadi pilihan majikan.

Dalam masa sama, ada pula yang dah hantar berpuluh resume tapi masih tak dipanggil temu duga. Kalau dipanggil sekalipun, tawaran gaji yang diterima jauh lebih rendah daripada apa yang diharapkan.

Ramai ingat perkara ni disebabkan persaingan yang semakin sengit, itu memang betul tapi ada satu lagi perkata yang masih ramai terlepas pandang, iaitu nilai diri di mata majikan.

Hakikatnya, majikan bukan hanya tengok sijil dan pengalaman kerja. Sebaliknya, kemahiran yang relevan, kesediaan mempelajari perkara baharu dan usaha meningkatkan diri mengikut keperluan industri juga menjadi antara perkara yang dinilai.

Sebab tu kalau rasa macam susah dapat peluang kerja atau selalu terima offer gaji rendah, mungkin dah tiba masanya untuk perbaiki dan naik taraf nilai diri untuk memenuhi keperluan pasaran hari ini.

Majikan Sekarang Nak Orang Yang Tak Berhenti Belajar

Ramai beranggapan lepas mula bekerja, belajar dah tak penting jadi kebanyakannya pilih untuk berada dalam zon selesa dan melakukan perkara yang sama setiap hari, tapi realitinya dunia pekerjaan pun ada perubahan dari masa ke semasa.

Zaman teknologi ni, kemahiran digital dah jadi macam satu keperluan lagi-lagi bila penggunaan AI pun dah semakin meluas, so kalau kita masih bergantung kepada ilmu lama tanpa rasa nak timba ilmu baru, lambat-laun memang ketinggalanlah ceritanya.

Sebab itulah, kerajaan terus menggalakkan rakyat Malaysia membudayakan pembelajaran sepanjang hayat melalui pelbagai inisiatif termasuk National Training Week (NTW) 2026.

Belajar Hari Ini Bukan Lagi Pilihan, Tetapi Keperluan

Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri R. Ramanan menyifatkan NTW ini bukan sekadar program latihan biasa, sebaliknya peluang kepada rakyat Malaysia untuk terus membina masa depan yang lebih baik.

Gaji Tinggi Masa Interview

"NTW ini sangat dekat dengan hati saya. NTW hakikatnya adalah peluang. Peluang kepada anak muda, pekerja, peluang kepada suri rumah, pesara dan peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu membina masa depan yang lebih baik."

Mesejnya jelas, dalam pasaran kerja hari ini, orang yang sentiasa belajar mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding mereka yang selesa dengan kemahiran sedia ada.

Beliau turut tegaskan budaya pembelajaran sepanjang hayat ni perlu diterapkan sebab peningkatan kemahiran sekarang dah jadi satu keperluan, bukan lagi pilihan.

NTW Buka Peluang Tingkatkan Kemahiran

Bagi membantu lebih ramai rakyat malaysia menambah kemahiran, kerajaan menerusi NTW 2026 menyediakan ribuan kursus secara percuma, ini sekaligus beri peluang rakyat tingkatkan kemahiran tanpa ada halangan kos.

Gaji Tinggi Masa Interview

Semangat itu jelas diterjemahkan melalui sambutan yang diterima sepanjang NTW 2026.

Tahun ini, NTW membawa tema 'Pelajari. Alami. Kuasai.' yang menawarkan akses kepada ribuan latihan dan pembangunan kemahiran untuk semua lapisan masyarakat.

Setakat 24 Julai, sebanyak 8,682 kursus telah ditawarkan oleh 1,619 penyedia latihan dan hampir 675,000 penyertaan turut direkodkan di seluruh negara.

Apa yang lebih menarik, peserta termuda merupakan budak berusia tiga tahun manakala peserta paling berusia ialah 89 tahun dan ini telah membuktikan bahawa pembelajaran sepanjang hayat terbuka kepada semua.

Mengulas sambutan terhadap NTW 2026, Ketua Eksekutif HRD Corp, Dato' Shamir Aziz berkata:

"Sambutan ini mencerminkan kesungguhan rakyat Malaysia untuk terus belajar serta komitmen kukuh kerajaan, industri dan penyedia latihan dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat."

Walaupun National Training Week berlangsung selama seminggu, peluang untuk belajar sebenarnya tidak terhenti di situ. Rakyat Malaysia masih boleh mengakses pelbagai peluang latihan menerusi portal rasmi NTW yang menghimpunkan kursus daripada ratusan penyedia latihan di seluruh negara.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim merasmikan Kemuncak NTW 2026 di Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh pada 25 Julai lalu.

Dalam pasaran kerja hari ini, sijil dan pengalaman saja dah tak cukup untuk dijadikan ukuran. Apa yang membezakan seseorang calon tu ialah dengan kesungguhan untuk terus belajar, menyesuaikan diri dan meningkatkan kemahiran mengikut keperluan industri.

Jadi kalau masih tertanya-tanya kenapa susah sangat nak dapat kerja atau tawaran gaji masih belum seperti diharapkan, mungkin dah tiba masanya untuk belajar benda baru.