Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rakyat Perlu Bersedia Untuk PKP Dilanjutkan Dalam Tempoh Lama – PM

Gambar: BERNAMA

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April ini.

Menurutnya, ia adalah selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) agar PKP tidak ditarik terlalu awal.

Tambahnya lagi, rakyat juga perlu bersedia jika PKP akan dilanjutkan dalam tempoh yang lama selepas ini.

“Apa yang saya nak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama, ianya mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan sebelum kita betul-betul dapat memastikan penularan wabak ini diatasi 100 peratus,” katanya.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara