Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pusingan Akhir PMPL Malaysia Spring 2026 Cetus Era Baharu E-Sukan

Syamimi
PMPL

Pusingan Akhir PMPL Malaysia Spring 2026 Cetus Era Baharu E-Sukan

PUBG MOBILE Pro League (PMPL) Malaysia Spring 2026 telah melabuhkan tirai peringkat liga pada 26 April 2026, sekali gus menyediakan pentas untuk Pusingan Akhir yang dinanti-nantikan yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 Mei 2026. Ini menandakan kembalinya liga PUBG MOBILE profesional utama Malaysia sejak 2023, Pusingan Akhir musim ini mengetengahkan kebangkitan semula persaingan peringkat tertinggi dan kebangkitan generasi baharu bakat e-sukan.

Selepas dua minggu aksi liga yang sengit, Maqna Esports Club (MEC) dan AZ Slumber (AZ) muncul sebagai pasukan paling konsisten, menamatkan saingan dengan ‘League Rank Points’ yang sama. MEC akhirnya memperoleh kedudukan teratas melalui ‘tiebreaker’, memperoleh ‘Headstart Points’ tertinggi menuju ke Pusingan Akhir.

Musim ini turut menyaksikan prestasi cemerlang daripada pemain-pemain baharu. MEC FEXCRY meraih gelaran League MVP, mengetuai gelombang bakat baharu. Walaupun MEC disokong oleh pemain veteran berpengalaman VOKEY dan IFTAR, prestasi dominan FEXCRY telah menjamin status MVPnya. Dia diikuti rapat oleh duo AZ Slumber, BOBBY dan MYZX, bersama 52 AISYY, yang semuanya berada dalam kelompok Top 4 MVP dan membuktikan kekuatan generasi profesional Malaysia yang seterusnya.

Pada masa yang sama, pemain veteran terus mengekalkan kedudukan di tangga teratas. ADIKLUQ (Vertice) dan UHIGH (Golden Spear) telah membawa pasukan mereka ke penamat yang kukuh, masing-masing meletakkan pasukan dalam kelompok ‘Top 3’ dan ‘Top 4’ dalam kedudukan liga, sekali gus mengukuhkan status mereka antara pasukan kompetitif Malaysia yang paling konsisten.

Sebanyak 16 pasukan telah layak ke Pusingan Akhir, di mana mereka akan bersaing untuk mendapatkan sebahagian daripada hadiah keseluruhan wang tunai USD 50,000. Tiga pasukan terbaik akan berpeluang mewakili Malaysia di Pusingan Akhir ‘PUBG MOBILE Global Open’ (PMGO) Season 1: SEA, yang menjadi laluan terus ke acara utama global PMGO S1.

“Kembalinya PMPL Malaysia menandakan satu pencapaian penting dalam ekosistem e-sukan tempatan. Sejak 2023, kami menyaksikan perkembangan komuniti yang amat memberangsangkan, dan Spring 2026 ini membuktikan evolusi tersebut melalui gabungan sempurna antara pemain veteran dan kemunculan bakat baharu seperti FEXCRY. Dengan hadiah terkumpul wang tunai USD 50,000 dan laluan terus ke pentas global PMGO S1, taruhannya tidak pernah setinggi ini. Kami juga teruja untuk mendekatkan peminat dengan aksi melalui aktiviti di lapangan seperti MEC Watch Party, yang memupuk semangat komuniti yang menjadikan PUBG MOBILE begitu istimewa di Malaysia,” kata Ashley Phuah, Pengurus Produk PUBG MOBILE Malaysia.

Tahniah kepada 16 pasukan teratas yang telah layak ke Pusingan Akhir PMPL Malaysia Spring 2026:

Pusingan Akhir PMPL Malaysia Spring 2026 akan disiarkan secara dalam talian dan distrim secara langsung setiap hari bermula jam 6:00 petang sepanjang hari pertandingan.

Peminat juga boleh merasai kemeriahan aksi secara bersama di MEC Watch Party yang akan diadakan di Sembang @ Jalan Sultan Ismail (berhadapan Quill City Mall) dari jam 5:00 petang hingga 11:00 malam, pada 1 hingga 3 Mei. Acara ini akan menampilkan sesi tontonan bersama komuniti, kemunculan ‘KOL’, aktiviti cabutan bertuah serta makanan dan minuman percuma (tertakluk kepada siapa cepat dia dapat), menjadikan pengalaman tontonan lebih mengasyikkan dan interaktif. 

Menambah kepada naratif kejohanan, nama-nama seperti PEMBURU dan APPY kembali beraksi bersama Team Vamos, membawa gaya permainan agresif mereka ke pentas Pusingan Akhir dan membantu pasukan mereka menamatkan liga di tempat ke-11.

Menjelang kemuncak pertandingan, persaingan menjadi semakin sengit apabila empat pasukan terbawah pada penghujung Pusingan Akhir akan diturunkan ke PMNC Finals, di mana mereka perlu berjuang untuk kembali ke liga PMPL Malaysia pada musim Fall akan datang.

Dengan gabungan bintang baharu, pemain veteran dan peluang ke pentas antarabangsa yang menjadi taruhan, Pentas Akhir PMPL Malaysia Spring 2026 hujung minggu ini menjanjikan tiga hari aksi sengit, detik penentu, dan permulaan era baharu dalam esukan Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut tentang PUBG MOBILE, sila lawati platform rasmi PUBG MOBILE:

Laman PUBG MOBILE Malaysia

Facebook: PUBG MOBILE Malaysia

Instagram: @pubgmobilemyofficial

TikTok: @pubgmofficialmy

Youtube: PUBG MOBILE Malaysia

Laman PUBG MOBILE ESPORTS Malaysia 

Facebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia

Instagram: @pubgmobile.esports.my

TikTok: @pubgmobile.esports.my