Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pusat Perubatan Sunway (SMC) Dinobat Hospital Terbaik Malaysia 5 Tahun Berturut

SUNWAY

Pusat Perubatan Sunway (SMC) Dinobat Hospital Terbaik Malaysia 5 Tahun Berturut

Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), hospital kuaternari swasta terbesar di. Malaysia, telah dinobatkan sebagai Hospital Terbaik Malaysia di anugerah berprestij Healthcare Asia Awards 2026, mencatatkan kemenangan kelima berturut-turut hospital dalam kategori ini.

Selain itu, SMC turut menerima anugerah Inisiatif Hospital Pintar Terbaik Malaysia, yang mengiktiraf usaha penerapan teknologi digital hospital dalam mempertingkatkan kecekapan operasi serta kepuasan pesakit secara keseluruhan.

Pengiktirafan berterusan ini mencerminkan keupayaan SMC dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan melalui kecemerlangan klinikal, inovasi dan penjagaan berpusatkan pesakit.

Disokong oleh lebih 300 pakar perunding tetap merangkumi 80 kepakaran serta 28 Pusat Kecemerlangan, SMC terus menetapkan penanda aras dalam penyampaian rawatan holistik dan multidisiplin. Hospital ini turut menitikberatkan keperluan setiap pesakit dengan menyediakan pelan rawatan yang disesuaikan secara individu.

Dr Seow Vei Ken, Ketua Pegawai Eksekutif SMC, berkata pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan hospital dalam mempertingkat penyampaian penjagaan kesihatan melalui kepakaran perubatan dan inovasi.

“Pengiktirafan Hospital Terbaik untuk kali kelima berturut-turut serta anugerah Inisiatif Hospital Pintar adalah bukti kukuh kepada visi kami di SMC. Ia mencerminkan komitmen berterusan kami untuk mempertingkatkan penjagaan kesihatan melalui kecemerlangan klinikal, inovasi, dan yang paling utama, hasil pemulihan pesakit yang lebih baik. Kami akan terus memacu integrasi penyelesaian digital terkini bagi mempertingkatkan penyampaian penjagaan dan kepuasan pesakit, sekali gus memastikan setiap pesakit menerima penjagaan kesihatan bertaraf dunia di setiap interaksi,” katanya.

Antara kemajuan utama SMC termasuk pengenalan Sistem CT Pengiraan Foton Pertama di Malaysia pada tahun 2025, teknologi generasi baharu yang meningkatkan standard pengimejan perubatan dengan resolusi ultra tinggi merentasi pelbagai fungsi klinikal.

SMC juga baru-baru ini mencatat pencapaian dalam program pembedahan tulang belakang robotik melalui penggunaan Suite Pembedahan Robotik Tulang Belakang AiBLE™. Teknologi ini menyediakan panduan robotik untuk prosedur tulang belakang serta menyokong pembedahan invasif minimum di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Penganugerahan ini menambah lagi senarai pengiktirafan antarabangsa yang diterima SMC. Hospital ini turut diiktiraf sebagai Hospital Terbaik di Malaysia serta tersenarai dalam kelompok 250 hospital terbaik dunia dalam Anugerah Hospital Terbaik Dunia 2026 oleh Newsweek.

SMC juga menduduki tempat pertama di Asia bagi pembedahan katarak dalam Hospital dan Klinik Swasta Terbaik Asia 2026 oleh Newsweek, selain turut mencatat kedudukan tertinggi dalam beberapa bidang oftalmologi dan ortopedik.

Sebagai hospital utama di bawah Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway, SMC terus memperkukuh dan memperluas keupayaannya. Setelah siap blok keenammnya, Menara F (Pavilion Kanak-Kanak), menjelang suku ketiga tahun ini, kapasiti hospital akan berkembang melebihi 1,000 katil. Perkembangan ini akan disokong oleh pasukan multidisiplin yang komited terhadap penyampaian rawatan diperibadikan dan menyeluruh.

SMC juga merupakan hospital pertama di Malaysia yang mendapat tiga akreditasi utama hospital: Akreditasi Gold Seal of Approval dari Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (Joint Commission International – JCI) dari Amerika Syarikat, Majlis Piawaian Penjagaan Kesihatan Australia Antarabangsa (Australian Council on Healthcare Standards International – ACHSI) dan Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (Malaysian Society for Quality in Health – MSQH).

Healthcare Asia Awards merupakan program tahunan yang mengiktiraf hospital, klinik, dan organisasi penjagaan kesihatan cemerlang di seluruh Asia, dengan penekanan kepada institusi yang menunjukkan inovasi yang unggul. Ia juga mengiktiraf institusi yang menetapkan penanda aras baharu dalam kecemerlangan kesihatan serta memberi sumbangan signifikan kepada komuniti.