Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PRU16 Sebelum Februari 2028, PM Anwar Minta Semua Pihak Bersabar

PRU16
Kredit: RTM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) mesti diadakan sebelum Februari 2028, namun meminta semua pihak untuk bersabar mengenai tarikh pilihan raya tersebut.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditanya di program Dialog Negara yang disiarkan di RTM malam ini.

Jawapan PM tentang PRU16

“Pilihan Raya Umum mesti diadakan sebelum Februari 2028 lebih kurang. Jadi sabarlah.

“Sama ada sebelum hari kebangsaan atau sesudah, tiada lebih dari itu,” selorohnya.

Ketika ditanya apa perubahan atau komposisi kerajaan yang akan berlaku sekiranya diberikan mandat sekali lagi, Anwar berkata beliau ingin mengangkat martabat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau juga meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada anak-anak muda.

“Dengan pengalaman yang ada dapat mengangkat martabat Malaysia, saya pencinta negara, saya yakin dengan keupayaan negara saya.

“Saya mahu Malaysia ini diangkat menjadi satu negara yang hebat dan gagah di rantau dan dunia ini. Itu cita-cita saya,” ujar beliau

Menginjak ke tahun 2027, beliau turut berpesan kepada rakyat bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab masing-masing.

Kredit: RTM

“Jika kita memahami perkara itu, kita boleh menyelesaikan sebahagian besar masalah kita.

“Seorang Perdana Menteri tentunya perlu pikul amanah dengan serius dan jangan salah guna kuasa serta memperkayakan diri. Seorang ketua pejabat, seorang ketua mahasiswa, seorang bapa dan seorang ibu harus pikul amanah.

“Jadi harus ada kesedaran yang meningkat dan kita baiki sebagai semangat persaudaraan tulen dalam kalangan kita. Elak daripada ketegangan.

“Masalah kita bukan soal kaum, jangan benci antara satu sama lain. Masalah kita adalah masalah prinsip dan akhlak. Jadi kita baiki bersama dan bina kekuatan kerana kita punyai potensi luar biasa untuk mengangkat martabat negara ini,” kata Anwar.

Tambah beliau, Malaysia akan gagah tetapi dengan syarat semua rakyat bermuafakat, betulkan kesilapan-kesilapan dan bekerjasama sebagai satu pasukan besar melibatkan semua kaum, semua agama dan semua wilayah.

Sumber:RTM
Intipati
  • Anwar berkata PRU16 mesti diadakan sebelum Februari 2028, namun meminta semua pihak bersabar.
  • Beliau mahu Malaysia menjadi negara hebat dan gagah di rantau serta dunia.
  • Anwar menyeru rakyat memikul amanah, mengelak ketegangan dan bekerjasama merentasi kaum.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan