Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PROTON X50 Tarik Perhatian Pembeli SUV Dengan Gabungan Gaya & Teknologi

Syamimi
PROTON

PROTON X50 Tarik Perhatian Pembeli SUV Dengan Gabungan Gaya & Teknologi

PROTON X50 terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara SUV paling berpengaruh di Malaysia apabila tinjauan pelanggan terkini selepas pelancaran mendapati pembeli semakin tertarik dengan gabungan teknologi premium, prestasi mantap, ciri keselamatan pintar dan harga yang berpatutan. 

Dijalankan dalam kalangan pemilik PROTON X50 serba baharu yang dilancarkan pada Julai 2025, tinjauan tersebut memberikan gambaran jelas mengenai perubahan jangkaan pengguna dalam pasaran SUV segmen-B yang semakin kompetitif di Malaysia. Pembeli kini tidak lagi hanya menitikberatkan aspek kemampuan memiliki, sebaliknya semakin mengutamakan reka bentuk, pengalaman pemanduan, teknologi canggih dan ciri keselamatan dalam membuat keputusan pembelian. 

Hasil kajian turut menunjukkan PROTON X50 terus mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia yang praktikal tetapi tetap mahukan pengalaman pemilikan SUV premium tanpa perlu membayar pada julat harga yang jauh lebih tinggi. 

Generasi baharu pembeli SUV 

Tinjauan mendapati kebanyakan pemilik PROTON X50 terdiri daripada golongan profesional dan pekerja berusia dalam lingkungan 30-an hingga 40-an yang mempunyai keluarga muda, sekali gus mencerminkan daya tarikan model ini kepada rakyat Malaysia yang mencari SUV bergaya, berteknologi tinggi dan sesuai untuk keluarga. Purata pendapatan isi rumah bulanan responden adalah sekitar RM8,000, menjadikan X50 berada dalam lingkungan kemampuan pembeli berpendapatan sederhana yang ingin meningkatkan gaya hidup serta keperluan mobiliti mereka. 

Lebih penting, dapatan kajian menunjukkan PROTON X50 membantu mengubah persepsi terhadap apa yang mampu ditawarkan oleh kenderaan jenama nasional. Pemilik secara konsisten menyifatkan model ini menawarkan pengalaman pemilikan premium menerusi ruang dalaman moden, reka bentuk sofistikated, teknologi bantuan pemandu pintar serta prestasi pemanduan enjin turbo yang meyakinkan. 

Antara faktor utama pembelian yang paling banyak dinyatakan ialah harga kompetitif dan nilai untuk wang, diikuti prestasi pemanduan, pecutan, kualiti dalaman premium serta pengendalian yang stabil dan meyakinkan. Pembeli turut menekankan teknologi pemanduan pintar dan sistem infotainmen sebagai faktor pembeza utama berbanding pesaing dalam julat harga yang sama. 

Responden turut memuji tahap responsif enjin i-GT 1.5 liter 4-silinder PROTON X50 yang memberikan keyakinan ketika memotong kenderaan serta pemanduan jarak jauh di lebuh raya. Ramai juga menyatakan suasana kabin yang lebih premium dan antaramuka digital canggih sebagai ciri yang lazimnya hanya terdapat pada SUV yang lebih mahal. 

Menarik pembeli daripada pelbagai segmen pasaran 

Salah satu dapatan paling signifikan daripada kajian ini ialah kejayaan PROTON X50 menarik pembeli daripada pelbagai segmen pasaran. Walaupun 21% responden merupakan pembeli kereta pertama, majoriti adalah pemilik kenderaan sedia ada yang beralih daripada hatchback dan sedan kepada segmen SUV. 

Ramai responden sebelum ini memiliki model nasional popular sebelum memilih X50 sebagai kenderaan keluarga mereka yang seterusnya. Kajian juga menunjukkan pembeli aktif membandingkan PROTON X50 dengan pelbagai model pesaing sebelum membuat keputusan akhir. Antara model yang dipertimbangkan merangkumi model baharu dan juga pesaing sedia ada dalam pasaran, sekali gus membuktikan kemampuan X50 bersaing secara langsung dengan model jenama Jepun dan China dalam salah satu segmen paling sengit di negara ini. 

Satu lagi faktor yang mendorong responden memilih PROTON X50 berbanding pesaing ialah sokongan yang ditawarkan oleh rangkaian pengedar PROTON. Dengan rangkaian pusat 3S dan 4S yang paling komprehensif di Malaysia bagi mana mana OEM, pembeli berasa lebih yakin kerana mempunyai pelbagai titik sentuh di seluruh negara yang memudahkan akses kepada semua perkhidmatan yang ditawarkan jenama tersebut. 

Varian memenuhi gaya hidup berbeza 

Analisis lanjut mendapati setiap varian PROTON X50 menarik profil pelanggan yang berbeza. Pembeli varian Executive kebanyakannya lebih muda dan lebih mementingkan nilai, dengan fokus terhadap praktikaliti, kemampuan memiliki dan kegunaan harian, namun masih mahukan reka bentuk moden serta prestasi pemanduan yang baik. 

Pembeli varian Premium pula lebih matang dan menitikberatkan aspek keselamatan. Ciri seperti Blind Spot Monitoring (BSM) dan Lane Change Assist (LSA), Autonomous Emergency Braking (AEB), Adaptive Cruise Control (ACC) dengan fungsi stop-and-go serta Lane Keep Assist (LKA) menjadi antara faktor utama pembelian bagi pelanggan yang mahukan ketenangan fikiran ketika digunakan bersama keluarga.

Sementara itu, pembeli varian Flagship lazimnya terdiri daripada isi rumah berpendapatan lebih tinggi yang mahukan pakej pemilikan paling lengkap. Golongan ini menghargai gabungan sistem keselamatan pintar, ciri keselesaan premium dan pengalaman kabin lebih eksklusif yang ditawarkan X50, sekali gus meletakkan model tersebut sebagai SUV gaya hidup sofistikated yang menawarkan kemudahan serta ketenangan kepada pemilik. 

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa berkata, dapatan kajian tersebut mengesahkan strategi berterusan PROTON dalam mendemokrasikan teknologi automotif canggih untuk pengguna Malaysia. “Sejak diperkenalkan, PROTON X50 sentiasa mencabar jangkaan dalam pasaran SUV segmen-B dan dapatan terbaharu ini menunjukkan pembeli di Malaysia terus menghargai kenderaan yang menggabungkan tarikan emosi dengan praktikaliti penggunaan harian.

“Apa yang lebih menggalakkan ialah semakin ramai pelanggan kini membandingkan X50 secara langsung dengan jenama bukan nasional yang sudah kukuh sebelum membuat keputusan membeli PROTON. Ini mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap produk, teknologi dan keseluruhan pengalaman pemilikan kami. 

“Seiring perubahan jangkaan pelanggan, PROTON akan terus memperkukuh barisan X50 bagi memastikan ia kekal sebagai antara tawaran SUV paling menarik di Malaysia,” katanya.