Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Proton Savvy: Hatchback Dengan Enjin Renault
Bila kita sebut kereta hatchback sudah tentu kita akan sebut nama Perodua Myvi iaitu hatchback paling berjaya di Malaysia.
Tapi masihkah anda ingat dengan sebuah lagi kereta hatchback segmen A jenama tempatan iaitu Proton Savvy?
Proton Savvy hatchback yang dibangunkan oleh Proton untuk menggantikan Proton Tiara dan kod model ini juga adalah Tiara Replacement Model (TRM).
Casis Savvy dibangunkan sendiri oleh Proton dengan bantuan Lotus dan fokus utama adalah untuk menghasilkan kereta bandar dengan pemanduan dinamik.

Rekaan luarannya juga agak unik pada ketika itu dengan garisan badan yang tajam, reka bentuk lampu belakang bentuk trapezoid dan kedudukan ekzos di tengah.
Proton Savvy dirasmikan pada tahun 2005 oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Savvy menggunakan enjin dari Renault iaitu 1.2L D-Type SOHC 16-injap dan ia juga enjin yang sama digunakan oleh Renault Twingo dan Clio.
Savvy juga menggunakan transmisi manual 5-kelajuan dan sistem keselamatan juga menerima penarafan keselamatan yang baik, lengkap dengan ABS dan EBD.
Pada November 205, Proton perkenalkan versi Automated Manual Transmission (AMT) bagi memenuhi permintaan pengguna.
Sistem ini secara teknikal adalah kotak gear manual tapi klac dan penukaran gear dikawal secara elektronik.

Pada 2007 pula, Savvy menerima model Facelift pertama yang membawa perubahan kos etik seperti grill baharu, lampu belakang bentuk bulat dan kualiti dalaman.
Walaupun Savvy tidak mencatatkan jualan yang memberasangkan, Savvy pernah diiktiraf sebagai Kereta Terbaik di Best Value Car di Taiwan.
Savvy juga diiktiraf sebagai kereta paling cekap penggunaan bahan api dalam TUV Rheinland report dan Savvy menduduki dua model teratas.
Wartawan automotif juga sering memuji ride and handling Proton Savvy terutama wartawan dari United Kingdom dan Australia.
Proton Savvy dihimpit dengan masalah komponen hidraulik kotak gear AMT di Malaysia kerana cuaca negara ini panas ditambah pula tabiat pemanduan.
Saingan bersama Perodua Myvi juga menjadi punca jualan Savvy tidak memberasangkan dan pengguna lebih memilih Myvi.
Ruang but yang kecil juga tidak digemari oleh pengguna berkeluarga di Malaysia ditambah pula rekaan dashboard yang minimalis.
Graf jualan yang merosot menjadi punca Proton akhirnya menamatkan pengeluaran Proton Savvy pada tahun 2011.
Proton kemudiannya mengeluarkan Proton Saga FLX sebagai model yang mampu milik secara tidak langsung menggantikan Proton Savvy.
Begitulah penamat model Proton Savvy tapi sehingga kini model itu masih gagah di jalan raya malah sudah ada komuniti yang buat modifikasi.