Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PRN Sarawak: DAP Umum Tujuh Lagi Calon

DAP
Kredit: Bernama

KUCHING, 22 Nov (Bernama) -- DAP Sarawak mengumumkan tujuh lagi calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Iklan

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen akan mempertahankan kerusi Padungan manakala penyandang kerusi Pending Violet Yong juga akan mempertahankan kerusi berkenaan.

Calon-calon lain ialah bekas anggota polis Lim Nee Kon bagi kerusi Opar, Michael Kong (Kota Sentosa), Jordan Soo (Batu Kitang), Sim Kiat Leng (Batu Kawa) dan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii bagi kerusi Batu Lintang.

Chong ketika berucap pada malam mobilisasi parti itu di sini malam ini berkata barisan calon berkenaan mencerminkan hasrat DAP untuk memperkukuh kehadiran mereka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak serta menyediakan perwakilan pembangkang yang berkesan.

“Perkara yang boleh kami pastikan ialah selepas pilihan raya negeri akan datang, Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membentuk kerajaan negeri... kepentingan untuk mempunyai pembangkang yang berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang tidak seharusnya dipandang ringan,” katanya.

Pada Jumaat, DAP Sarawak mengumumkan dua calon bagi PRN akan datang, dengan menamakan Irene Wong untuk kerusi Pelawan dan Stanley Chiew bagi kerusi Bukit Assek, kedua-duanya di Sibu.

Parti itu dijangka mengumumkan keputusan berhubung kerusi di Sarikei, Bintulu dan Miri dalam tempoh terdekat.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 yang berlangsung pada 18 Dis 2021, GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memenangi empat kerusi dan DAP memperoleh dua kerusi.

-- BERNAMA

Intipati
  • DAP Sarawak mengumumkan tujuh lagi calon untuk bertanding pada PRN Sarawak ke-13.
  • Chong Chieng Jen akan mempertahankan Padungan, manakala Violet Yong mempertahankan kerusi Pending.
  • Parti itu dijangka mengumumkan keputusan kerusi Sarikei, Bintulu dan Miri dalam tempoh terdekat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan