Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Tahan Tiga Lelaki Beberapa Jam Selepas Disyaki Pceah Masuk Stesen Minyak

Gambar sekadar hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah kedai stesen minyak Shell di Kelana Jaya, Selangor semalam, hanya beberapa jam selepas menerima laporan daripada seorang pekerja wanita stesen minyak berkenaan mengenai kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daearah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata dalam laporan yang diterima kira-kira pukul 6.00 pagi, pengadu mendakwa dia mendapati pintu bahagian belakang kedai telah dipecahkan dan beberapa barang didapati hilang, antaranya telefon bimbit, alat perakam CCTV dan wang tunai RM2,000.

Beliau berkata kemudiannya antara pukul 10 pagi dan 12.28 tengah hari polis menyerbu tiga rumah di Jalan PJS 8/9 Sungai Way serta Jalan PKNS Kampung Melayu, Subang dan menahan tiga suspek berumur antara 21 dan 32 tahun.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini beliau berkata kesemua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu kemudiannya direman selama enam hari dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan satu kejadian jenayah ragut di Jalan Persiaran Cerakawala, Kota Damansara semalam.

Ku Mashariman berkata suspek berumur 33 tahun itu ditahan selepas dilanggar oleh mangsanya semasa dikejar di lampu isyarat persimpangan persiaran Sungai Buloh, yang mengakibatkan suspek mengalami kecederaan patah paha kanan.

”Suspek ditahan pihak polis yang sedang menjalankan rondaan serta pemantauan kesesakan lalu lintas di kawasan itu,” katanya dan menambah suspek berumur 33 tahun dan mempunyai empat rekod kes dadah.

— BERNAMA