Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Musnah Kotak Plastik Mencurigakan Di Sri Petaling

PETALING
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus. Kredit: Bernama

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Polis memusnahkan sebuah kotak plastik mencurigakan yang ditemukan di hadapan sebuah kedai di Sri Petaling di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 33 tahun pada 12.57 tengah hari dan pemeriksaan awal mendapati kotak itu menunjukkan bacaan radiasi agak tinggi.

Susulan itu, Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur; Unit Persenjataan Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan (CBRE) Bukit Aman serta Agensi Nuklear Malaysia digerakkan ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut.

“UPB menggunakan peralatan Recoilless Disruptor 5.0 untuk memusnahkan kotak itu. Pemeriksaan terhadap kotak yang dimusnahkan menemukan beberapa kotak mengandungi barangan berbentuk blok binaan berwarna-warni,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata pemeriksaan susulan oleh Jabatan Tenaga Atom mengesahkan tiada bacaan radioaktif dikesan di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Fadil menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegusaran dan mengancam ketenteraman awam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-21159999, Hotline Polis Brickfields 03-22979222 atau balai polis berdekatan.

-- BERNAMA