Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Minta Kerjasama Orang Ramai Kesan Remaja 14 Tahun

polis
Kredit: PDRM via Bernama

NILAI, 23 Nov (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Melati, Ulu Beranang, Lenggeng pada 18 Nov lepas.

Iklan

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Chen Youki pada 9.46 malam, 21 Nov.

Beliau berkata berdasarkan laporan yang diterima, pelajar tingkatan dua itu keluar dari rumah pada 18 Nov kira-kira 4 petang untuk bermain bola keranjang bersama rakan-rakannya.

“Ketika keluar, remaja itu memakai kemeja-T putih dan seluar pendek. Sehingga laporan polis dibuat remaja berkenaan masih belum pulang ke rumah manakala panggilan telefon daripada ahli keluarganya tidak dijawab,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menyeru orang ramai yang melihat remaja berkenaan atau mempunyai maklumat mengenai keberadaannya diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Polis Nilai menerima laporan kehilangan Chen Youki pada 9.46 malam, 21 Nov.
  • Remaja 14 tahun itu keluar dari rumah pada 18 Nov untuk bermain bola keranjang.
  • Orang ramai diminta menghubungi IPD Nilai atau balai polis jika mempunyai maklumat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan