Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KANGAR, 29 Mei (Bernama) -- Polis akan memanggil Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah dalam masa terdekat, bagi membantu siasatan berhubung video tular yang memaparkan beliau dipercayai menembak seekor lembu korban menggunakan senapang patah.
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihak beliau mengambil maklum penularan video itu dan siasatan awal dimulakan, meskipun setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan insiden berkenaan.
Beliau berkata siasatan terperinci itu termasuk mengenal pasti jenis senjata dan peluru yang digunakan dalam kejadian itu.
“Sama ada peluru yang digunakan itu peluru hidup atau bukan, kita masih dalam siasatan,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, video berdurasi beberapa saat dan mula tular di media sosial itu hari ini, memaparkan Abu Bakar dipercayai melepaskan tembakan ke arah seekor lembu korban hingga mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.