Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PMO Buat Laporan Polis Susulan Pemalsuan Surat Projek Pelebaran Lebuh Raya PLUS

PEMALSUAN
Kredit: Bernama

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuh Raya PLUS.

PMO dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, surat berkenaan adalah palsu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani dokumen tersebut.

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

“Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa,” menurut kenyataan itu.

Menurut PMO, pihaknya juga sudah membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen berkenaan, termasuk penyalahgunaan nama Perdana Menteri serta identiti rasmi Pejabat Perdana Menteri.

“ Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat,” jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, PMO menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya atau menyebarkan mahupun berkongsi dokumen berkenaan yang disahkan palsu.