Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Tunai Janji Balas Surat Adik Nanang, Hadiahkan Buku Gelombang Kebangkitan Asia

Athirah
Anwar
Kredit: Anwar Ibrahim

PM Anwar Tunai Janji Balas Surat Adik Nanang, Hadiahkan Buku Gelombang Kebangkitan Asia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menepati janjinya apabila membalas surat seorang kanak-kanak dikenali sebagai Nanang dari Pulau Banggi, Sabah dengan menghantar pasukannya untuk bertemu sendiri keluarga tersebut.

Menerusi hantaran Anwar Ibrahim di Facebook, sepucuk surat kecil yang ditulis kanak-kanak itu membawa makna besar kerana terselit harapan, keikhlasan serta impian seorang kanak-kanak untuk masa depan yang lebih baik.

"Surat seperti inilah yang terus mengingatkan saya bahawa di pelosok mana sekali pun, anak-anak kita tetap menyimpan cita-cita yang besar untuk mengubah kehidupan mereka melalui ilmu dan pendidikan

"Saya titipkan pesan agar Nanang terus cintai ilmu, jaga solat, sayangi ibu bapa dan jangan pernah berhenti belajar walau apa jua keadaan," ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menghadiahkan dua buah buku kepada kanak-kanak berkenaan sebagai galakan untuk terus membaca, berfikir dan membina impian demi keluarga, agama dan negara.

"Insya-Allah, masa depan Malaysia akan terus bercahaya selagi masih ada anak-anak seperti Nanang yang lembut hatinya, tekun menuntut ilmu dan menyimpan harapan besar untuk hari esok," kata beliau lagi.

Anwar Ucap Selamat Hari Jadi, Janji Balas Surat Murid Lapan Tahun Diejek Nak Jadi PM

Sebelum ini, SK melaporkan seorang kanak-kanak Pulau Banggi berusia lapan tahun berjaya menyerahkan sendiri sepucuk surat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Anwar Ibrahim di Facebook, surat yang diserahkan oleh Syam Aariz Rayyan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Nanang kemudiannya dibaca oleh beliau.

Difahamkan, kanak-kanak itu sering menjadi bahan ejekan rakan-rakannya kerana bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, sekali gus menjadikan penyerahan surat tersebut satu detik yang amat bermakna buat dirinya.

Menerusi video berdurasi 50 saat itu, Anwar berkongsi mengenai isi surat berkenaan dan berjanji akan membalas pesanan daripada murid Sekolah Kebangsaan Karakit, Banggi tersebut.

"Terima surat daripada adik Nanang ketika di Pulau Banggi semalam. Ditanya bagaimana mahu jadi pemimpin. Insya-Allah nanti saya utus surat balas

"Pesan saya sentiasa baca buku, sayang dan cium ibu ayah selalu. Dan selamat ulang tahun kelahiran buat Nanang," ujar beliau lagi.