Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PM Anwar Jalani Pemeriksaan Kesihatan, Bakal Dipantau Selama 2 Hari
Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika ini sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pakar perubatan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar Kanan beliau, Tunku Nashrul Abaidah melalui satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, hari ini.
Menurut Tunku Nashrul Abaidah, Anwar juga dijangka akan berada di bawah pemantauan pakar perubatan untuk tempoh selama dua hari.
Sehubungan itu, orang ramai diseru untuk bersama-sama mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur beliau dipermudahkan.
"Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur YAB Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri memakluman beliau bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail berkesempatan untuk menziarahi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Haji Fadillah Yusof yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Selain itu, beliaut turut mengambil kesempatan itu untuk menziarahi bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yakoob yang juga sedang menerima rawatan di IJN dan masih memerlukan pemantauan lanjut.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan