Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Peserta Big Stage 3, Sandra Dianne Meninggal Dunia

PUTRAJAYA, 11 Sept – Penyanyi dan juga peserta rancangan program realiti Big Stage Musim 3, Sandra Dianne musim ketiga dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Putrajaya.

Maklumat tersebut diumumkan rakan artis, Sufie Rashid menerusi akaun Instagramnya malam tadi.

“Assalamualaikum semua, minta sedekahkan Al-Fatihah untuk @sandradianneofficial yang telah meninggalkan kita.

“Selamat pulang ke Rahmatullah sahabatku. You’re good friend with a beautiful heart.

“Thank you sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak. Semoga awak tenang di sana..innalillahi wa inna ilaihi rojiun,” katanya kenyataan tersebut.

Sebelum itu, arwah atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), baru-baru ini.

Sumber: Sufie Rashid