Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pesawat Kelilingi Dunia, Solar Impulse 2 Terhempas Dalam Laut

Athirah
Solar Impulse 2
Kredit: AFP

Pesawat Kelilingi Dunia, Solar Impulse 2 Terhempas Dalam Laut

Pesawat Solar Impulse 2 yang mencipta sejarah dengan mengelilingi dunia pada 2016 tanpa menggunakan bahan api jet dilaporkan terhempas di Teluk Mexico, lapor AFP.

Pesawat yang diterbangkan oleh juruterbang Switzerland, Bertrand Piccard dan Andre Borschberg itu berjaya mengelilingi dunia dalam 17 peringkat dengan jarak kira-kira 43,000 kilometer merentasi empat benua, dua lautan dan tiga laut dalam tempoh 23 hari tanpa penggunaan bahan api.

Tiga tahun selepas misi bersejarah itu, pesawat berkuasa solar berkenaan telah dijual kepada Skydweller Aero, yang kemudiannya mengubahnya menjadi dron bagi tujuan “pendaratan air terkawal,” menurut kenyataan syarikat tersebut.

Sementara itu, Skydweller Aero memaklumkan bahawa Solar Impulse 2 berlepas dari Stennis, Mississippi pada 26 April lalu sebelum terhempas di Teluk Mexico pada 4 Mei 2026.

“Pada akhirnya, penerbangan memecah rekod selama 8 hari dan 14 minit ini mengesahkan kebolehlaksanaan penerbangan berkuasa solar dalam persekitaran yang relevan dengan misi ketenteraan,” kata syarikat itu, merujuk kepada latihan Tentera Laut Amerika Syarikat yang melibatkan pesawat berkenaan.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.

Sumber:AFP