Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Permintaan Set Catur Meningkat 250% Di eBay,” Ini 4 Kesan Kepada Penonton Selepas Tonton The Queens Gambit

Pada 23 Oktober 2020 yang lalu, laman penstriman popular dunia, Netflix ada menerbitkan sebuah siri yang bertajuk The Queens Gambit. The Queens Gambit mengisahkan seorang anak yatim yang suka bermain catur sehingga menjadi terkenal seluruh dunia.

Siri Netflix ini banyak memberi kesan positif kepada penontonnya kerana selepas sahaja siri ini di tayangkan, ini 4 kesan yang berlaku di seluruh dunia.

  1. Permintaan set catur meningkat sehingga 250 peratus di eBay.

  2. Carian Google mencatatkan “How To Play Chess” adalah carian paling tinggi sepanjang zaman sejak 9 tahun lalu.

  3. Novel The Queens Gambit sekarang menjadi jualan terlaris di New York Times selepas 37 tahun novel itu diterbitkan.

  4. Angka pemain baharu di chess.com meningkat sebanyak 5 kali ganda.

The Queens Gambit ini juga diadaptasi dari sebuah novel yang diterbitkan 37 tahun yang lalu. Sehingga kini, siri ini telah ditonton oleh lebih 62 juta pengguna Netflix di seluruh dunia.

Kredit: Chess & Life Mastery