Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perancis Dilapor Bakal Bangunkan Unit Ketenteraan Bionik, Otak Ditanam Mikrocip & Tubuh Kalis Rasa Sakit

Kredit gambar: EPA

PARIS, 10 Dis – Perancis dilaporkan bakal membangunkan unit ketenteraan bionik yang mempunyai daya ketahanan kuat dan canggih.

Jawatankuasa Etika Kementerian Ketenteraan menerusi satu laporan memaklumkan, kelulusan dan persetujuan projek tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada Perancis untuk mengikuti jejak langkah beberapa negara lain dalam pembangunan pertahanan.

Menurut laporan tersebut, difahamkan satu implan mikrocip akan ditanam dalam otak tentera bionik berkenaan untuk melepaskan sejenis bahan penenang, selain turut menguatkan lagi kapasiti bahagian cerebral bagi ketahanan mental.

Dalam pada itu, penyelidik juga dilapor sudah menyiapkan sejenis pil untuk digunakan, berfungsi membolehkan mereka untuk mampu berjaga dalam tempoh yang lama serta menajamkan lagi daya pendengaran.

Tentera Perancis ketika perintah berkurung | Gambar: EPA/Daily Mail

Penyelidik juga bakal mencipta sejenis implan yang berfungsi sebagai peranti sistem kedudukan global (GPS) pada tubuh mereka bagi memudahkan markas tentera mengesan lokasi dan mengawal mereka dari jauh.

Selain itu, sejenis dadah juga akan digunakan bagi membolehkan tentera bionik itu mempunyai daya ketahanan yang tinggi sehingga kalis daripada sebarang kesakitan.

Bagaimanapun Menteri Ketenteraan, Florence Parly berkata, walaupun telah dipersetujui, namun Perancis tidak bercadang untuk memulakan projek tersebut dalam kadar segera.

“Sebaliknya kita perlu jelas, tiada seorang pun yang mempunyai masalah dengan projek ini dan ini adalah masa depan (ketenteraan) yang harus kita persiapkan,” katanya dalam The Times, memetik laporan Daily Mail.

Sumber: Daily Mail, Independent