Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penumpang Terjatuh Ke Landasan Di Stesen Gombak, Ini Penjelasan Rapid KL

GOMBAK
Kredit: Threads Zeer

Seorang penumpang dilaporkan terjatuh ke landasan di Stesen Gombak pada jam 9.05 pagi tadi, sebelum berjaya dibantu keluar dengan selamat.

Rapid KL dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, susulan kejadian itu, Sistem Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) diaktifkan dan bekalan kuasa ke landasan turut diputuskan sementara sebagai langkah keselamatan.

Menurut Rapid KL, pengendalian bagi mengeluarkan penumpang dari kawasan landasan dilakukan dengan bantuan pihak polis dan tindakan segera turut diambil bagi memastikan keselamatan penumpang berkenaan.

“Penumpang terlibat berjaya dibantu keluar dari kawasan landasan dan dibawa ke klinik kecemasan sementara menunggu ambulans tiba,” katanya.

Rapid KL berkata, penumpang berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Tawakal Kuala Lumpur untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut mendapati landasan berada dalam keadaan selamat dan operasi tren telah disambung semula pada jam 9.12 pagi.

“Penumpang disarankan untuk mendapatkan maklumat terkini melalui saluran media sosial Rapid KL,” ujarnya.

Rapid KL berkata, aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan dan semua prosedur berkaitan dilaksanakan bagi memastikan operasi tren dapat diteruskan dengan selamat dan teratur.

Sumber:Rapid KL
Intipati
  • Seorang penumpang terjatuh ke landasan Stesen Gombak pada jam 9.05 pagi.
  • Rapid KL mengaktifkan sistem PIES dan memutuskan bekalan kuasa landasan sementara.
  • Penumpang dibawa ke Hospital Tawakal, manakala operasi tren disambung pada 9.12 pagi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan