Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penyelidik keselamatan siber Kaspersky telah mengenal pasti penipuan bertemakan Ramadan yang sedang tersebar dalam talian, menyamar sebagai program bantuan kerajaan dan bertujuan mencuri maklumat akaun Telegram pengguna.
Dalam satu kempen yang diperhatikan oleh Kaspersky, penipu menggunakan laman web palsu yang menawarkan “Bantuan Ramadan RM500”, dan meminta mangsa mengisi maklumat peribadi serta nombor telefon yang dikaitkan dengan akaun Telegram mereka, kononnya untuk menyemak kelayakan menerima bantuan kewangan sempena perayaan.

Matlamat utama skim ini lazimnya adalah untuk merampas akaun, bukannya mencuri wang pada peringkat awal. Setelah penyerang berjaya mengakses akaun Telegram mangsa, mereka boleh menggunakannya untuk menyebarkan mesej penipuan atau pautan berbahaya kepada kenalan mangsa, sekali gus memperluaskan penipuan melalui rangkaian sosial yang dipercayai.
Tempoh perayaan dan agihan bantuan kewangan sering dimanipulasi oleh penjenayah siber, yang meniru gaya bahasa, reka bentuk visual dan nada pengumuman rasmi bagi menjadikan penipuan sukar dibezakan daripada komunikasi sebenar.
Penipuan bertemakan perayaan ini merupakan sebahagian daripada landskap ancaman siber yang lebih luas yang menjejaskan pengguna internet di Malaysia.
Menurut data telemetri Kaspersky, sebanyak 18,875,669 ancaman siber berasaskan web telah dikesan di Malaysia sepanjang tahun 2025, menunjukkan skala risiko berterusan yang dihadapi oleh pengguna tempatan.
Pihak berkuasa Malaysia turut memberi amaran kepada orang ramai mengenai pelbagai penipuan berkaitan Ramadan yang beredar dalam talian. Dalam satu nasihat terkini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menekankan beberapa taktik yang digunakan oleh penipu sepanjang bulan puasa, termasuk skim bantuan kewangan palsu seperti tawaran “e-Tunai”, mesej pancingan data (phishing) yang menyamar sebagai jemputan atau promosi berbuka puasa, penipuan zakat dan derma, serta skim “belanja raya” yang menjanjikan ganjaran perayaan dan bantuan kewangan.
“Ramai beranggapan mereka boleh mengenal pasti penipuan secara naluri, namun penipuan moden dan skim phishing direka untuk mengeksploitasi tanggapan tersebut. Dengan kemajuan teknologi, penjenayah siber mampu meniru laman web jenama dan organisasi yang dipercayai serta naratif yang biasa, menjadikan mesej penipuan kelihatan meyakinkan pada pandangan pertama. Oleh itu, penggunaan perlindungan keselamatan siber pada telefon pintar dan komputer semakin penting, kerana ia dapat membantu mengesan pautan berbahaya, cubaan phishing dan aplikasi mencurigakan sebelum mendatangkan kemudaratan,” kata Simon Tung, Pengurus Besar bagi ASEAN dan Negara Membangun Asia (AEC) di Kaspersky.
Bagi melindungi diri daripada penipuan dalam talian sepanjang Ramadan, Kaspersky menyarankan: -
Sahkan sebelum klik
Elakkan menekan pautan daripada akaun tidak dikenali di aplikasi mesej, media sosial atau e-mel mencurigakan, terutamanya yang menawarkan bantuan kewangan atau ganjaran perayaan.
Semak nombor atau akaun mencurigakan
Gunakan sumber anti-penipuan yang dipercayai seperti portal Semak Mule untuk mengesahkan sama ada nombor telefon atau akaun bank pernah dilaporkan terlibat dalam aktiviti penipuan.
Hubungi 997
Jika menjadi mangsa penipuan, segera hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 yang beroperasi 24 jam bagi membantu mangsa bertindak pantas.
Pasang perisian keselamatan dipercayai
Penyelesaian keselamatan siber yang boleh dipercayai mampu mengesan dan menyekat cubaan phishing serta pautan berbahaya secara masa nyata. Kaspersky Premium menyediakan perlindungan menyeluruh terhadap ancaman dalam talian dan peranti, menyekat pautan berbahaya serta memantau kebocoran data.
Bagi membantu rakyat Malaysia melindungi diri daripada ancaman siber yang sentiasa berubah, Kaspersky menawarkan diskaun sehingga 19% untuk pelan Kaspersky Premium sempena Ramadan dan Hari Raya. Setiap pembelian yang layak sebelum 31 Mac 2026 turut disertakan dengan pin tambah nilai TNG percuma bernilai RM30.